Header Ads

Lupakan Kuah Kacang, Cubalah Resepi Baru 'Cheezy Chicken Sate', Guna Bahan Simple-Simple Tapi Menyelerakan!


Semua orang pasti merasakan kuah Sate haruslah kuah kacang. Anda silap, kerana ada resepi baru olahan dari saudari Erfz Afasy iaitu Cheesy Chicken Sate. Dengar bunyi ada cheese-cheese tu maksudnya sate juga boleh berunsurkan keju? Bagaimana nak buat ? Menarik juga kan?

Anda di rumah boleh cuba resepi lain daripada yang lain ni. Tidaklah pula melupakan hidangan asli sate bersama kuah kacang, tetapi, cuba kelainan sekali-sekala apa salahnya kan ?

Ikuti perkongsian resepi penuh di bawah.

Mekaseh zauj tolong rakam, edit video 

CHEESY CHICKEN SATE

Resepi


Bahan-bahan :

- Pencucuk sate

- Ayam ( bahagian dada, senang sikit lilit )
- Terung ( apa2 sayur pun bolee )
- Mozarella cheese
- Daun sup
- Serbuk cheese
- 1 biji telur
- Tepung cucur lemak manis adabi


Cara 1




- potongkan ayam memanjang

- Terung potong halus2
- Mozarella potong halus jugak
- Daun sup tabur letak kt tepung cucur tadi
- Pecahkan telur

Cara 2



- Ambik pencucuk sate

- Masukkan hujung ayam yg telah dipotong
- Masukkan potongan mozarella cheese
- Letakkan terung
- Lilitkan ayam tadi sehingga ke hujung ( tutupkan cheese supaya tidak cair semasa digoreng )
- Salutkan dengan telur
- Salut pula dengan tepung yg diletakkan daun sup tadi ( tak perlu letak garam ye sebab tepung ni dah ada rasa dia tersendiri )

Cara 3



- panaskan minyak
- Letakkan cheesy chicken sate
- Tunggu lerrr sehingga keemasan baru angkat

Dappp taaauuuu...

VIDEO CARA MEMBUAT CHEEZY CHICKEN SATE,SILA TEKAN SINI.

Sumber : Facebook Erfz Afasy

No comments

Powered by Blogger.
a