Header Ads

3 Tahun Minum Air Kencing Sendiri, Lelaki Dakwa Makin Bijak


Demi mengekalkan tenaga untuk menjalani aktiviti seharian, ramai yang mengambil pil suplemen mahupun air manis. 

Lain pula ceritanya kali ini apabila seorang pereka hiasan dalaman di United Kingdom, Fabian Farquharson, 37, mengamalkan minum air kencing sendiri sejak 3 tahun yang lalu. Dia memberitahu bahawa dengan minum air kencing, lebih bertenanga, sihat dan bijak. Kembang tekak!


Ada khasiat tersendiri untuk dirinya

Dia mencari perubatan alternatif dan mendapat tahu melalui internet bahawa air kencing dapat membantu meningkatkan tahap kesihatannya.

"Saya berfikiran terbuka terhadap apa jua perkara dan saya memutuskan untuk cuba minum secara fresh. Rasanya sedikit pahit namun tidaklah begitu teruk. Tiada masalah untuk saya menghabiskan satu gelas. Setelah minum, saya merasakan sesuatu yang hebat mengalir dalam tubuh badan saya. Saya rasa sungguh bertenaga."

Sekarang, dia tidak akan keluar jika tidak meminum air kegemarannya itu dan akan mensyorkan kepada orang ramai tentang kelebihan khasiat air kencing.


Rasa lebih sihat

Sebelum ini, dia banyak makan makanan ringan dan makanan segera sehingga mendapat sakit perut. Kemudian dia mencari perubatan alternatif di internet sehingga terjumpa tentang kebaikan air kencing.

"Saya mula menyingkirkan makanan harian yang biasa saya makan dan hanya makan buah-buahan. Sejak dari amalan itu, saya rasa badan saya makin sihat dan bertenaga berbanding sebelum ini."

Keluarganya tidak menghalang dia meminum air kegemarannya itu kerana mereka sudah terbiasa dengan perangai pelik pereka hiasan dalaman ini.


Peram selama 30 hari


Dia berkata bahawa air kencing itu akan diperam lebih kurang 30 hari untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan khasiat yang lebih menakjubkan.

Saya simpan dalam bekas kaca yang telah dilabelkan sehingga 30 hari. Dalam tempoh masa itu, paras alkali dalam air kencing itu akan meningkat dan semua manfaat dalam air kencing itu akan bertambah.


Sumber : Metro.uk

No comments

Powered by Blogger.
a