Header Ads

Tangguh Hingga 1 Julai, Kerajaan Bakal Kenakan Cukai Ke Atas Minuman Bergula - Jabatan Kastam

Gambar sekadar hiasan

Sesiapa yang suka akan minuman ringan atau minuman bergula perlu ambil perhatian!

Penangguhan cukai minuman bergula hingga 1 Julai

Kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan cukai gula pada minuman ringan dan jus hingga 1 Julai, dari tarikh April 1 yang lalu. Oleh itu, kerajaan akan mengenakan cukai sebanyak 40 sen seliter ke atas minuman ini.


Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum balas dari pihak berkepentingan.


"Penangguhan itu akan memberi para pengilang dan Jabatan Kastam cukup banyak masa untuk membuat persiapan yang diperlukan.

"Bagi Jabatan Kastam, ia akan membolehkan kami mengadakan 'roadshow' dan mengeluarkan lesen kepada pengeluar minuman berasaskan gula," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cukai sebanyak 40 sen seliter dikenakan ke atas minuman ringan yang melebihi 5 gram kandungan gula

Dilaporkan bahawa cukai 40 sen seliter akan dikenakan ke atas minuman ringan yang mempunyai lebih daripada lima gram (5g) kandungan gula atau pemanis berasaskan gula per 100ml.

Ini termasuk minuman berkarbonat, atau lain-lain minuman tidak ber alkohol dan berperisa.

Jus atau minuman berasaskan sayur juga dikenakan cukai jika melebihi 12 gram kandungan gula

Untuk jus atau minuman berasaskan sayur, cukai 40 sen seliter akan dikenakan ke atas minuman dengan lebih daripada 12g gula untuk setiap 100ml.

Salah satu usaha kerajaan amalkan gaya hidup sihat

Kerajaan telah memikirkan idea untuk mengenakan cukai gula sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan rancangan itu semasa membentangkan Belanjawan 2019 tahun lepas.

Sumber : News Straits Times

No comments

Powered by Blogger.
a