Header Ads

"Pengganas beli 4 senjata & peluru secara 'online' " - Perdana Menteri NZ Buat Pembaharuan Undang-Undang Beli Senjata Api



Perdana Menteri New Zealand(NZ) , Jacinda Ardern berkata hari ini beliau akan mengumumkan undang-undang senjata yang baharu, selepas 50 mangsa terbunuh dalam tembakan rambang di dua buah masjid di bandar Christchurch.

Pemuda Australia, berusia 28 tahun, adalah suspek Australia berkulit putih, disahkan terlibat dalam pembunuhan pada Sabtu lalu. Tarrant telah ditahan reman tanpa rayuan dan akan kembali ke mahkamah pada 5 April di mana polis berkata dia mungkin menghadapi lebih banyak pertuduhan.

"Dalam masa 10 hari dari tindakan keganasan yang mengerikan ini kita akan mengumumkan pembaharuan akan datang, saya percaya, menjadikan masyarakat kita lebih selamat," kata Ardern pada sidang berita selepas kabinetnya dalam membuat keputusan mengenai undang-undang pembaharuan senjata selepas peristiwa terburuk tembakan rambang di New Zealand.

Selain daripada 50 orang terbunuh, berpuluh-puluh orang telah tercedera semasa solat Jumaat di dua buah masjid terlibat. Pemilik senjata New Zealand iaitu pemuda lelaki yang melakukan pembunuhan dengan tembakan rambang masjid itu dipercayai telah membeli senjata api dan peluru secara atas talian dari kedai, tetapi kedai itu tidak menjual kepadanya senjata berkuasa tinggi untuk digunakan dalam pembunuhan beramai-ramai tempoh hari. Pemilik Kedai Senjata (Gun City) , David Tipple berkata lelaki bersenjata itu membeli empat senjata dan peluru antara Disember 2017 dan Mac 2018. Di bawah undang-undang senjata New Zealand, senjata kategori A boleh menjadi separuh automatik tetapi terhad kepada tujuh tembakan. Video yang dirakam oleh pengganas sambil melakukan tembakan seakan-akan dalam permainan atas talian iaitu PUBG itu, jelas kelihatan tembakan di masjid adalah separa automatik dengan jumlah yang besar. Tipple berkata pembelian dalam talian mengikut proses pesanan dalam talian yang disahkan polis dan senjata kategori A telah dibeli dalam tiga atau empat pembelian. "Kami mengesan tiada apa yang luar biasa mengenai pemegang lesen itu. Dia adalah pembeli baru, dengan lesen baru," katanya. Kejutan serangan tembakan rambang pada Jumaat lalu membawa kepada segera dalam memperketatkan lagi undang-undang untuk menyekat pembelian beberapa senjata api, terutamanya senjata separa automatik. Tipple berkata beliau menyokong keputusan Ardern untuk pembaharuan undang-undang senjata api selepas berlakunya tembakan di Christchurch yang mencetuskan kebimbangan. New Zealand, sebuah negara hanya lima juta orang, mempunyai kira-kira 1.5 juta senjata api. Umur minimum untuk lesen senjata ialah 16, dan 18 untuk memiliki senjata separuh automatik. Laporan Radio New Zealand, berdasarkan data polis melalui permintaan Akta Maklumat Rasmi, mereka berkata lebih dari 99 peratus orang yang memohon lesen senjata api pada tahun 2017 telah berjaya. Lesen senjata api kategori A New Zealand dikeluarkan selepas pemeriksaan dan latar belakang dilakukan oleh polis. Tiada lesen yang diperlukan untuk membeli jumlah besar, di mana ianya boleh diubah suai secara haram untuk digunakan dalam senjata tersebut.. Pasar dalam talian utama New Zealand, Trade Me Group, berkata ia menghentikan penjualan senjata separuh automatik berikutan serangan hari Jumaat lalu.

Sumber : Malay Mail

No comments

Powered by Blogger.
a