Header Ads

RM 2000 Dah Bayar & Bakal Saman Driver, Che Ta Dedah Nyawa Dalam Bahaya Ketika Dalam Perjalanan Ke Johor


Sejak semalam, kecoh di media sosial kenyataan seorang lelaki yang merupakan bekas pemandu Rozita Che Wan yang baru saja dua bulan bekerja mendakwa pelakon itu tidak membayar gajinya seperti yang telah dijanjikan.

Menurut laporan mstar, pelakon Rozita Che Wan menjelaskan dia sudah melakukan pembayaran gaji kepada pemandunya berjumlah RM2000 pada Khamis.


Status yang dimuat naik oleh bekas driver Che Ta


Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta berkata, gaji pada bulan Februari dibayar agak lewat berikutan dia banyak urusan iaitu kerja luar.

"Bayar tetap bayar. Gaji sudah dibayar penuh seperti biasa berjumlah RM2000 hari ini. Gaji dia bulan pertama dibayar seperti biasa.


Ig story Che Ta

"Cuma untuk bulan Mac saya terlambat bayar kerana tidak masuk ke pejabat menguruskan hal kerja termasuk pembayaran gaji. Kebiasaannya saya akan bayar gaji setiap hujung bulan dan selewat-lewatnya sebelum masuk tarikh ketujuh bulan seterusnya. Itu standard biasa,"kata Che Ta

Mengikut peruntukan di dalam Akta Pekerjaan 1955, setiap majikan mesti membayar upah atau gaji kepada pekerja selewat-lewatnya pada atau sebelum hari ketujuh setiap bulan.

Che Ta juga menjelaskan pemandunya itu menunjukkan prestasi kerja yang hambar sepanjang dua bulan.

"Dia pernah terlelap waktu bawa kami dalam perjalanan ke Johor. Saya minta dia berhenti memandu dan membasuh mukanya. Dia harus fikir sikapnya, nyawa orang lain juga boleh tergadai"kata Che ta.

Dengan muat naik status di Facebook, pemandu tersebut bakal dikenakan tindakan tegas.

"Dengan apa yang sudah dilakukan kepada saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas".

"Kami sudah berhubung dengan peguam untuk tindakan mahkamah. Malah kami juga nak buat saman malu dan mohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka"jelas Che Ta.

Sumber : mstar 

No comments

Powered by Blogger.
a