Header Ads

Sajat Masuk Hospital Terkena Penyakit Misteri?


Sebentar tadi, menerusi posting terbaru di Instagran, usahawan terkenal Nur Sajat dilapor dimasukkan ke hospital. Perkongsian yang dimuat naik oleh pembantu peribadinya memberitahu Sajat kini dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri.
Pembantu peribadi Sajat turut memuat naik video dimana Sajat kini sedang terlantar di hospital. Dalam pada itu, pembantu peribadinya turut meminta semua pengikutnya mendoakan yang terbaik buat usahawan itu..
Difahamkan, Sajat dikatakan terkena penyakit misteri, meskipun sudah menggunakan pelbagai kaedah perubatan namun tidak berhasil.
Doakan terbaik buat bos saya Nursajat, sekarang dia dalam keadaan lemah dan tak sedar diri. Kami dari team nursajat mendoakan bos cepat sembuh dari penyakit misteri,” tulisnya.
Memetik laporan Media Hiburan, pihak Sajat yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu Sajat dikejarkan ke hospital lewat malam tadi.
Setakat ini, penyakitnya misteri memandangkan semuanya baik belaka. Cuma setakat ini ia mungkin ada kaitan dengan depresi.
Sajat dikejarkan ke sebuah pusat rawatan di ibu kota sekitar 11 malam tadi. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya.

Namun ada sesetengah netizen yang mempertikaikan berita ini menerusi ruangan komen pada status yang dimuat naik oleh pembantu peribadi Sajat





Ada juga yang memberi sokongan buat Sajat cepat sembuh.


Sumber : Instagram Sajat

No comments

Powered by Blogger.
a