Header Ads

"Saya sayangkan MAS, tapi MAS tak terbang lagi macam dulu" - Tun Mahathir



Saya sayang MAS (Malaysia Airlines Bhd), saya nak MAS ini terus dijadikan syarikat penerbangan nasional tapi ia tak lagi terbang seperti dahulu,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Sebelum ini sudah ada kenyataan daripada Tun Dr Mahathir tentang desas-desus kerajaan ingin menjual, membiayai semula atau menutup MAS dan keputusan belum muktamad.

BACA ARTIKEL : PM : Kerajaan putuskan sama ada perlu menjual, biayai semula atau menutup MAS

Terkini, beliau menjawab persoalan dari pihak media tentang keputusannya tentang MAS kerana menimbulkan pelbagai tanda tanya apa tindakan dan keputusan terakhir yang diputuskan oleh kerajaan.

Kerajaan tak mampu tanggung perbelanjaan operasi MAS


Beliau berkata, kerajaan juga tidak mampu menanggung perbelanjaan operasi syarikat itu lagi selepas sekian lama.


Katanya, MAS kini beroperasi menggunakan strategi yang tidak menguntungkan.




Ada pihak tertentu dari luar dan dalam negara nak beli MAS, jadi kita tak tolak. Kita nak kaji sama ada perlu jual atau tak.




"Masih rugi, salah satu cara ialah jual MAS"


Setakat ini pengurusan walaupun dilantik orang luar, masih rugi dan salah satu caranya ialah jual,” katanya kepada media di Lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas perkembangan terkini syor kerajaan termasuk mahu menjual syarikat penerbangan nasional itu yang kini mengalami kerugian.


Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mengkaji pelbagai pilihan sebelum membuat keputusan mengenai masa depan MAS.


Beliau berkata, isu menutup syarikat penerbangan itu adalah urusan yang serius dan keputusan akan dibuat secepat mungkin.


MAS alami kerugian


MAS yang diswastakan di bawah Khazanah Nasional Bhd (KHAZANAH) mengalami kerugian yang lebih rendah tahun lalu disebabkan beberapa faktor termasuk kekurangan kru pada separuh kedua 2018.


Mengenai cadangan supaya MAS dikekalkan di bawah pengurusan kerajaan, Dr Mahathir berkata, hal itu akan turut dipertimbangkan sama ada mahu menukar pengurusan skala besar atau kecil.


Kita mempunyai banyak pesawat yang tidak diguna sepenuhnya,” katanya.


Dalam pada itu, beliau maklum bahawa pekerja peringkat lain dalam MAS berminat untuk menaburkan khidmat bakti mereka.


Tapi strategi tak menguntungkan, umpamanya kerajaan bagi RM6 bilion untuk tolong MAS, dengan itu MAS berhentikan 6,000 pekerja tapi selepas itu MAS tak terbang seperti dahulu dan menghapuskan banyak penerbangan, maknanya dari segi pengurangan staf dan pengurangan kerja, maka tiada bezalah.


Kalau kita kurangkan pekerja tapi kekalkan status yang lama barulah ada penjimatan, kalau kurang pekerja, kurang kerja, tak akan ada lebihan,” kata beliau.


Sumber : Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.
a