Header Ads

#ScamAlert, Sila semak akaun bank di Portal SemakMule sebelum anda melakukan apa-apa transaksi jual beli 'online' - PDRM


Orang awam disaran semak akaun bank melibatkan urus niaga dalam talian sebelum buat apa-apa transaksi 
Orang awam disaran mengunjungi portal SemakMule bagi menyemak akaun bank melibatkan urus niaga dalam talian bagi mengelak ditipu dan sebelum melakukan transaksi pembayaran.
Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, SAC Victor Sanjos berkata SemakMule itu merekodkan lebih 92,000 akaun bank yang didakwa pernah melakukan kegiatan jenayah menipu.
Kesemua akaun ini wujud dan pernah direkodkan jenayah komersil dan rekod itu berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa,” katanya sebagai seorang daripada penceramah pada kempen  taklimat kesedaran pencegahan jenayah siber dan anti pemerdagangan orang peringkat Sabah di sini, hari ini.
Kempen anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Itu disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM, Shakib Ahmad Shakir.
Dalam pada itu, menurut Victor pewujudan portal SemakMule oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil itu adalah antara bantuan PDRM untuk membantu mengurangkan kes penipuan wang ringgit terutamanya  membabitkan urus niaga dalam talian.

Cara-cara untuk semak nombor akaun :
Pengunjung portal SemakMule (pautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/) hanya perlu memasukkan  nombor akaun bank, memilih kategori (akaun bank atau nombor telefon), serta mengisi maklumat Captcha sebelum menekan butang semakan,” katanya lagi.
Menurutnya, jika ada penipuan menggunakan akaun itu, ia akan dipaparkan di ruang carian.
Victor berkata statistik jenayah siber bagi lima kategori iaitu telecomunication fraud, romance scam, e-financial fraud, e-commerce fraud, network abuse serta intelectual propery pada tahun lepas merekodkan  jumlah keseluruhan kerugian RM372,948,345.46 membabitkan 10,004 kes.
Dalam perkara berasingan, Timbalan Pengarah Bahagian Advokasi dan Jangkauan Suruhanjaya  Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Norzakiah Othman mengulangi peringatan agar pengguna internet tidak menggunakan kemudahan Wifi percuma yang disediakan di tempat awam untuk melakukan sebarang urusan  transaksi perbankan dalam talian.

Akaun bank pengguna mudah digodam
Menurutnya, peringatan mesra itu demi keselamatan kerana akaun bank pengguna boleh dengan mudah digodam.
Lebih selamat gunakan talian internet sendiri, kerana ada kata laluan dan hanya kita yang gunakan  kemudahan itu,” katanya lagi.

Pengguna dinasihatkan tidak berkongsi maklumat peribadi dalam media sosial
Beliau juga menasihatkan pengguna internet agar tidak terlebih berkongsi maklumat peribadi dalam media sosial meskipun itu hak peribadi namun perkara itu boleh mengundang kepada ancaman jenayah.
Sementara itu, Shakib ketika ditemui berkata kempen diadakan hari ini adalah komitmen KKMM dalam melaksanakan agenda promosi dan publisiti meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jenayah telekomunikasi.
Kempen ini akan diperluaskan ke seluruh negara dan tiga terma kempen digunapakai iaitu Jenayah Siber, Tipu Panggilan dan Love Scam manakala dua hashtag digunakan sebagai peringatan iaitu #ScamAlert dan #JanganTerpedaya,” katanya lagi.
Sumber : BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.
a