Header Ads

Tembakan dalam masjid : Suspek buat 'LIVE' di Facebook sepanjang lepaskan tembakan & dedah wajah, rakyat Malaysia antara mangsa serangan



Seorang rakyat Malaysia disahkan cedera susulan kejadian tembakan dalam sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand.

Menurut akaun rasmi Twitter Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington memaklumkan, mangsa terbabit pada masa ini sedang menerima rawatan di hospital.




Seperti dilaporkan, ada kejadian tembakan di masjid Christchurch jam 1.40 pm hari ini (waktu tempatan).

“Justeru, Pesuruhjaya Tinggi berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya berhubung mangsa terbabit," katanya.


Media antarabangsa melaporkan, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand dan dilaporkan beberapa mangsa maut atau cedera, lapor media tempatan.


 Serangan seorang lelaki bersenjata memasuki masjid dan melepaskan tembakan.

Tembakan dilepaskan di dalam sebuah masjid di Hagley Park, Christchurch dan polis juga dikerahkan ke sebuah lagi masjid di Linwood.



Sehingga kini polis tidak mengeluarkan kenyataan sama ada kejadian itu berlaku di dalam masjid atau sekitarnya dan tiada kenyataan rasmi mengenai jumlah korban.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang tinggal di New Zealand khususnya di Christchurch diminta supaya memeriksa keluarga dan rakan masing-masing sekiranya tercedera atau terbabit susulan kejadian berkenaan.




Sementara itu, media CNN mengeluarkan kenyataan dari Perdana Menteri, Jacinda Arden tentang kejadian terbabit.
Jacinda mengatakan bahawa insiden berkenaan merupakan satu kejadian yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia merupakan peristiwa yang terburuk pernah terjadi.

"Hari Terburuk New Zealand"
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington berkata, mereka boleh menghubungi di talian +64-210440188 atau +64220662118 atau e-mel menerusi mwwellington@kln.gov.my.

Menurutnya, rakyat Malaysia di sana juga dinasihatkan supaya berada di dalam serta mematuhi arahan daripada pihak berkuasa dari masa ke masa.


Perkembangan Tragedi Solat Jumaat Christchurch, New Zealand:

  • Dua rakyat Malaysia, seorang bapa dan anak menjadi mangsa serangan

     
  • Bapa cedera dan berada dalam keadaan stabil, manakala anaknya yang berusia 17 belum diketahui statusnya

     
  • Insiden tembakan rambang mensasarkan dua masjid, masjid Al Noor dan masjid Linwood di Christchurch

     
  • 40 mangsa meninggal dunia

     
  • Maklumat mengenai penyerang: warga Australia, berkulit putih, dipercayai berusia 28 tahun dan ekstremis berhaluan kanan

     
  • Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel menyifatkan situasi masih aktif dengan pihak berkuasa mengawal semua masjid

     
  •  4 individu, seorang lelaki dan tiga wanita telah ditahan

     
  • PM New Zealand menyifatkan serangan sebagai 'hari paling gelap buat NZ'
     
  • Polis telah meminta pengguna media sosial untuk tidak berkongsi video yang dipercayai menunjukkan salah satu penembakan dalam butiran grafik.
     
  • Sekitar 300 orang dilaporkan berada di dalam masjid bagi menunaikan solat Jumaat.
     
  • Majlis Bandaraya Christchurch mengarahkan semua bangunan di pusat bandarnya ditutup.
     
  • Hospital Christchurch dan bahagian pesakit Luar hospital berkenaan berada dalam keadaan terkunci. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri Hospital Christchurch kecuali keadaan kecemasan.

Suspek yang melepaskan tembakan mendedahkan mukanya melalui 'live streaming'


'LIVE Streaming' sewaktu suspek melepaskan tembakan di dalam masjid seorang demi seorang terbunuh
Terbaru, seorang lelaki yang dipercayai penyerang di dua buah masjid di bandar ini memberitahu dia melakukan serangan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017.
(Wajah pengganas) Suspek yang melepaskan tembakan menunjukkan mukanya sebelum buat 'live streaming' melepaskan tembakan

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang dipercayai suspek melepaskan tembakan yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.
Sebelum masuk ke masjid dan melepaskan tembakan terhadap jemaah yang sedang bersolat jumaat, penyerang itu turut memandang kamera sekali gus mendedahkan wajahnya.
Lelaki itu turut memuat naik 73 muka surat yang mengandungi alasan mengapa dia melakukan keganasan itu.
Antara muka surat yang menyatakan mengapa suspek melakukan keganasan dengan melepaskan tembakan

Memperkenalkan diri sebagai lelaki kulit putih biasa yang lahir dalam keluarga kelas pekerja dan berpendapatan rendah, suspek memberitahu dia memutuskan untuk mempertahankan masa depan orangnya.
Katanya, dia juga mahu membalas dendam atas kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbunuh dalam serangan rempuhan trak di Stockholm pada 2017.
Tarrant mendedahkan, dia sudah merancang serangan itu sejak dua tahun lalu dan tiga bulan lalu dia memutuskan untuk menyasarkan masjid di Christchurch.
Polis mengesahkan seorang lelaki ditangkap tidak lama selepas serangan itu tetapi tidak dipastikan sama ada suspek adalah lelaki dalam video berkenaan.

Sumber : sbs.com , harian metro, Twitter

No comments

Powered by Blogger.
a