Header Ads

"Umat Islam Seluruh Dunia Mendoakanmu, Semoga Mendapat Syahid Di Sisi Allah " - Mufti WP Mendoakan Mohd Haziq 'Berehat' Dengan Tenang



Remaja dari Malaysia iaitu Mohd Haziq disahkan terkorban dalam tragedi serangan pengganas menembak rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Pencarian tentang kehilangannya didoakan hari demi hari sehingga menemui jawapan apabila dia disahkan meninggal dunia dan menjadi salah satu korban tragedi masjid Christchurch.

Dalam satu status dimuat naik oleh Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dr Zulkifli All-Bakri, dia meluahkan doa dan menyeru umat Islam melakukan solat jenazah ghaib untuk semua korban insiden pada Jumaat lalu:

Mufti Wilayah Persekutuan

Pencarian yang akhirnya menemui jawapan.

Berehatlah dengan tenang, anakanda Haziq. Umat Islam seluruh dunia mendoakanmu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Mohd Haziq di atas pemergian insan yang tercinta. Pemergiannya di hari Jumaat yang mulia, di dalam masjid, dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah, InsyaAllah dikurniakan dengan ganjaran yang besar. Kami mendoakan semoga beliau mendapat syahid di sisi Allah SWT.

Kami menyeru kepada seluruh masjid dan surau jumaat dalam kawasan Wilayah Persekutuan untuk sama-sama menunaikan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa tragedi di #Christchurch.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada'.

Sumber : Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

No comments

Powered by Blogger.
a