Header Ads

(VIDEO) Detik Cemas Warga Emas Ditetak, Penyamun Turun Dan Kejar Dengan Parang



Baru 2 minggu lalu, kes samun oleh beberapa orang penjenayah bersenjata menaiki motosikal telah tular di laman sosial. Semalam, tular di laman sosial lagi kes samun bersenjata terhadap seorang wanita yang dipercayai warga emas telah ditetak dua penjenayah menaiki motosikal yang menyamun mangsa di depan rumahnya di Taman Sri Gombak, Gombak.

BACA JUGA : (TERKINI) Ngeri! Geng Motor Bersenjatakan Parang Kejar & Samun Banyak Rumah Semasa Pintu Pagar Terbuka
Kejadian 2 petang itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang kemudian tular selepas dimuat naik di media sosial sejak malam tadi.

Dua penjenayah menaiki motosikal Yamaha Y150 berwarna merah
Dalam rakaman CCTV berdurasi 41 saat itu menunjukkan dua penjenayah terbabit yang menaiki motosikal Yamaha Y150 berwarna merah memberhentikan kenderaan itu di belakang sebuah kereta Proton Satria diletakkan di depan rumah mangsa.

Turun dari motosikal, lalu menyerang wanita 
Pembonceng motosikal itu yang membawa senjata dipercayai parang kemudian turun lalu menyerang wanita berkenaan, manakala seorang lagi suspek yang menunggang motosikal terbabit memusingkan kenderaan berkenaan sebagai persediaan untuk melarikan diri.

Bawa senjata dipercayai parang
Penunggang motosikal itu kemudian dilihat turut turun sambil membawa senjata dipercayai parang lalu membelasah mangsa.
Mereka kemudian melarikan diri dengan memecut motosikal terbabit untuk beredar dari lokasi kejadian.

Mangsa cedera akibat ditetak selain gelang emas dilarikan penyamun
Difahamkan mangsa cedera akibat ditetak selain gelang emas milik mangsa dilarikan dua penjenayah berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arsad Kamaruddin ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata," katanya.

(VIDEO) Detik cemas wanita warga emas disamun



Sumber : hmetro , 999 Malaysia

No comments

Powered by Blogger.
a