Header Ads

(VIDEO) 'Manusia Kalkulator' Pukau Penonton & Buat Juri Asia's Got Talent Sampai Ternganga Mulut


Asia's Got Talent adalah salah satu program realiti pencarian bakat yang paling popular di seluruh Asia!

Asia’s Got Talent membawakan pelbagai bakat menarik dan luar biasa mewakili 15 negara Asia. Tidak kira umur atau apa jua impian, peserta berjuang mendapatkan hadiah lumayan sebanyak $100,000 USD. 

Peserta boleh mempersembahkan apa sahaja bakat terpendam mereka seperti silap mata, tarian, nyanyian, alat muzik, seni mempertahankan diri, akrobatik dan banyak lagi. 

Para juri pula terdiri daripada pemenang anugerah Grammy dan produser muzik, David Foster, penyanyi antarabangsa, Anggun, dan artis popular Korea-Amerika, Jay Park.

Seorang remaja dari Kuala Lumpur telah berjaya membuat juri-juri Asia's Got Talent sampai ternganga mulut dengan keupayaannya membuat kiraan matematik tanpa memerlukan khidmat kalkulator!

Menggunakan gelaran 'Human Calculator' atau Manusia Kalkulator, Yaahswin Sarawanan, yang baru berusia 15 tahun itu telah mengejutkan David Foster, Anggun, dan Jay Park, dengan keupayaannya membuat pengiraan matematik secara congak.

Sebelum mempersembahkan bakatnya, salah seorang daripada juri iaitu David Foster telah dibekalkan dengan sebuah kalkulator bagi memastikan pengiraan yang bakal dibuat Yaashwin adalah tepat. 

Bermula dengan operasi tambah yang diikuti dengan operasi darab lalu bahagi, Yaashwin bukan sahaja berjaya membuat David Foster seakan-sakan tercengang di kerusinya bahkan penonton yang berada di dewan itu turut kagum dengan kebolehan remaja tersebut.

Ternyata bakat yang diperoleh remaja tersebut sangat hebat sehingga melayakkannya untuk bertanding ke peringkat seterusnya dalam rancangan realiti tersebut.

Syabas, Yaahswin Sarawanan!



Sumber : Says.com

No comments

Powered by Blogger.
a