Header Ads

(VIDEO) Rumah Hancur Dibom Dan Sukarelawan Terbunuh, Rakyat Gaza Menangis Lihat Harta & Ahli Keluarga Terjejas


Media antarabangsa beberapa hari lalu melaporkan Angkatan Udara Tentera Israel telah melakukan serangan udara terhadap beberapa sasaran di Gaza. Berikutan didakwa Hamas telah melakukan tindak balas serangan roket.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak telah bersetuju melakukan genjatan senjata yang diusahakan di Mesir.

Namun begitu, dalam serangan udara yang dilakukan, Aqsa Syarif dan Aman Palestin, dua buah badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia turut melaporkan beberapa buah kisah duka yang menimpa rakyat Palestin khususnya di Gaza selepas insiden tersebut.



Menurut Aman Palestin baru-baru ini seorang sukarelawan paramedik, Sajid Mezher terbunuh selepas menjadi sasaran penembak hendap tentera Israel ketika memberikan bantuan kepada penduduk-penduduk di Kem Pelarian Dheisheh, Bethlehem.

Dalam insiden berbeza, Aman Palestin turut memberitahu bahawa berlaku pertempuran diantara remaja lelaki Palestin dengan Tentera Israel yang menyaksikan 6 orang remaja Palestin tercedera.
Kumpulan remaja berkenaan dipercayai melakukan bantahan terhadap tindakan pihak berkuasa Israel yang memenjarakan rakyat Palestin sebelum ini.
Menurut kemas kini itu lagi, sekurang-kurangnya 116 orang tentera dan 20 orang polis Israel turut menyerbu masuk kawasan halaman Masjid Al-Aqsa. Manakala dalam operasi berasingan yang dilakukan tengah malam di Tebing Barat, pihak berkuasa Israel turut menahan seramai 16 orang penduduk tempatan.
Kawasan Sempadan Gaza-Israel




Di bandar Al-Bireh, Palestin, lontaran bom berjaya membakar kenderaan tentera rejim Israel.






Ibu yang kesedihan rumahnya musnah, anak dan adik lelakinya terkorban tahun lepas akibat serangan Israel

Sementara itu, Aqsa Syarif pula berkongsi kejadian malang yang menimpa seorang wanita apabila rumahnya musnah dalam serangan udara, seminggu sebelum majlis pernikahan anak perempuannya.



Kisah seorang ibu dalam gambar ini, kenduri anak perempuannya akan berlangsung kurang dari seminggu lagi, tetapi rumahnya telah hancur secara total oleh serangan rejim Israel kelmarin, katanya,
"Bagaimanakah aku boleh bergembira dengan anak perempuanku, sedangkan rumah aku telah habis dihancurkan oleh rejim Israel, kepada Allahlah aku berserah."
Semoga Allah membuka pintu kemenangan bagi umat Islam. Amin


Sumber : Twitter, Facebook

No comments

Powered by Blogger.
a