Header Ads

"Bahaya Makan Sosej Yang Dibeli Kat Kedai Tu!", Ini Resepi Sosej Ayam Buat Sendiri Kesukaan Anak-Anak, Dijamin Sihat & Sedap!


Antara makanan proses yang menjadi kegemaran anak-anak mestilah sosej ataupun kita selalu panggil hotdog. Rasanya yang enak dan cara masak yang mudah membuatkan sosej menjadi pilihan utama ketika ‘lapar’. Namun, pengambilan secara berlebihan boleh membawa pelbagai risiko kepada kesihatan anak jika anda beli sosej atau hotdog yang sejuk beku di kedai tu! 
Hal ini kerana, sosej yang dijual di kedai tu adalah bahan proses dan mempunyai banyak kandungan yang boleh memudaratkan sekiranya dimakan dengan kerap.
Buat sendiri, secara semulajadi, bersih dan selamat!
Jadi apa kata anda cuba resepi sosej ayam homemade yang dikongsi di laman Masak Apa Hari Ni (MAHN) ini. Menggunakan ayam kisar dan sayur-sayuran, sosej ayam ini confirm jadi kesukaan ramai!
Resipi sosej homemade


Saja nak share resepi sosej homemade yang sedap sangat
Saya ni bukan penggemar sosej, yang beli-beli tu saya tak makan
Sebab tu gigih buat bila rasa teringin
Panjangnya muqaddimah

Bahan-bahan


Sosej homemade
1 pack ayam kisar (ra**i)
1 batang carrot
3 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 butir telur
2 tangkai daun sup
Sedikit garam


Cara masak


Blender halus semua bahan di atas (terkecuali ayam kisar, sebab memang dah halus)

Tuangkan bahan blend dan ayam. Tambahkan sedikit lada sulah + blackpepper + tepung gandum 4 sudu mkn ,gaul sebati.

Sy rebus ye, sy isi kan kedalam plastik aiskrim malaysia tu je

Didihkan air, baru masukkan plastik yang dah di isikan bahan tadi

Rebus sampai masak (dalam 10 minit lebih kurang) atau sampai isi berubah warna


Sedap.. Selamat mencuba!



Buang plastik, boleh simpan kat freezer
Bila nak makan tinggal grill je
Sedap, makan tak perlu nak bersos-sos bagai dah
Selamat mencuba!
The following two tabs change content below

No comments

Powered by Blogger.
a