Header Ads

"Betul Ke Budak Sekarang Manja Sampai Tak Boleh Kena Rotan?" - Netizen Respon Isu Murid Dirotan Guru Sebab Tak Bawa Buku



Seorang murid sekolah rendah mendakwa cedera akibat dirotan oleh gurunya kerana tidak membawa buku teks dan latihan mata pelajaran Pendidikan Islam pada Isnin lalu. Kemudian, tular di laman sosial, ramai netizen respon tentang isu ini menceritakan pengalamannya dulu dirotan guru akibat kesalahan yang dilakukan dan ada yang berpendapat kanak-kanak sekarang terlalu dimanjakan.

Memetik laporan berita harian, kesan selepas anggota badannya di bahagian kaki itu telah dikesan oleh ayahnya apabila murid tersebut menangis teresak-esak kerana kesakitan ketika solat Zohor.

"Ketika itu saya sedang bekerja dan isteri menelefon meminta saya pulang ke rumah kerana mengadu sakit tidak boleh duduk tahiyat".

"Selepas saya memeriksa betis anak, saya terkejut kerana betisnya membengkak dan terdapat kesan rotan.

"Apabila ditanya, anak memaklumkan beliau dirotan oleh gurunya dengan pembaris panjang satu meter sehingga pembaris itu patah hanya kerana tertinggal buku"

Mangsa berusia 11 tahun dikatakan mengalami bengkak dan lebam pada bahagian betis sehingga menyebabkan dia sukar melakukan aktivit harian ketika ini.

Bapa mangsa dikenali sebagai Rizal, berusia 42 tahun  berkata selain dipukul anak keduanya itu, dia turut dimalukan di hadapan rakan apabila guru lelaki terbabit menyindir agar kanak-kanak berkenaan mengikuti kelas Pendidikan Moral.

Pada mulanya, Rizal enggan melaporkan  perkara ini kepada polis, namun pihak klinik kerajaan meminta saya mengikut prosedur kes penderaan dan menasihatkan agar membuat laporan.

"Saya kemudian membuat laporan polis pada hari sama sebelum anak mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Apa yang mengecewakan, walaupun sudah masuk hari keempat kejadian, pihak sekolah dan guru berkenaan langsung tidak memohon maaf selepas kami bertemu Selasa lalu,” katanya.
Berikutan itu, dia berharap pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru dan pengurusan sekolah berkenaan.
“Saya kecewa kerana mereka bersikap sambil lewa atas perkara ini, malah kaki anak sehingga kini masih belum pulih dan diberi cuti sakit sehingga esok,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Superintendan Abdul Shukor Yusoff mengesahkan menerima laporan berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seseorang.
“Buat masa ini kita belum menahan guru terbabit, namun sebarang tangkapan atau tindakan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Ada juga netizen yang respon bahawa guru tersebut tidak sepatutnya rotan hingga mencederakan. Jika mencederakan dianggap guru tersebut bertindak mengikut emosi bukan untuk memberi pengajaran.
Rotan sampai mencederakan



 Kene rotan dulu, alhamdulillah belum pernah kena gegaran otak mahupun lemah kaki


Dah salah kau, padan lah muka


Alhamdulillah sekarang jadi 'orang' sebab kena lempang dengan cikgu



 Kena campak buku dengan cikgu sampai lekat kat pokok



Jangan cepat melatah nak salahkan guru


Sumber : Berita Harian, Twitter Nasir Pasir 



No comments

Powered by Blogger.
a