Header Ads

(VIDEO) "Betul lah orang kata, tak semua lelaki pandai masak" - Gulungan Roti Jala Air Tangan Sajat Buat Netizen 'Menangis'


Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan video usahawan kosmetik terkenal, Sajat menyediakan roti jala hasil air tangannya sendiri. Pada awalnya roti jala yang dibuat oleh Sajat itu nampak cantik, tetapi ramai yang ‘menangis’ apabila melihat cara roti jala itu digulung.

Menurut pengguna Twitter yang memuat naik Tweet ini, dia merupakan seorang peniaga roti jala. Apabila melihat hasil roti jalan air tangan Sajat buat dia terus rasa nak 'menangis'.

Tambahnya lagi, bukan dia sahaja yang akan menangis malah ibunya akan turut menangis sama jika melihat video Sajat tersebut.

Malah ada yang menyamakan roti jala Sajat itu seperti longgokan seluar dalam. Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan warna kari ayam Sajat yang dilihat cair dan seperti sup ayam.




Meskipun ramai yang mengecam roti jala buatannya, namun Sajat tetap positif dan tidak peduli dengan cakap-cakap orang. Malah ada yang mempertahankan roti jala Sajat itu dengan mengatakan tidak kisah dengan rupa makanan tersebut asalkan rasanya sedap untuk dimakan.

Sumber : Twitter IqmlHkim

No comments

Powered by Blogger.
a