Header Ads

Bunian itu jin tapi jangan terlalu obses, nanti syirik - Ustaz Zaharuddin



Misteri kehilangan Mohamad Ashraf Hasan yang sudah memasuki dua minggu terus menjadi tanda tanya walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan bagi menjejaknya selepas tiba-tiba 'ghaib' ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya namun sehingga kini kehilangan Mohamad Ashraf atau lebih mesra dengan sapaan Acap pada 23 Mac lalu itu terus kekal misteri.

Dalam kekecohan Acap ghaib tanpa sebarang petunjuk, pelbagai teori muncul bagi menjelaskan misteri kehilangannya termasuklah pemuda malang itu dikatakan disorok oleh bunian di alam mereka kerana Acap mungkin melakukan sesuatu hingga menimbulkan kemarahan makhluk halus itu.


Tidak kurang juga yang menyifatkan tanggapan itu sebagai mengarut dan menganggap ia syirik kerana anak kelahiran Muar, Johor itu berkemungkinan sesat kerana tidak biasa dengan keadaan dalam hutan.

Tetapi siapa sebenarnya bunian yang sering diperkatakan terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu? 

Adakah ia hanya mitos semata-mata atau benar-benar wujud?


"Bunian itu jin!"

Gambar Sekadar Hiasan
Penceramah bebas Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, bunian itu sebenarnya wujud dan nama panggilan itu adalah istilah biasa digunakan oleh masyarakat tempatan yang sebenarnya merujuk kepada jin.

Kata Zaharuddin, dalam Islam sendiri makhluk ciptaan Allah itu banyak disebut dalam al-Quran menerusi Surah Al-Jinn yang antaranya menyebut bahawa jin mengakui mendengar al-Quran yang penuh keajaiban, menunjuk jalan lurus dan mereka telah beriman.
Dalam surah sama jin juga mengaku daripada kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir.

Makhluk ini kata Zaharuddin gemar tinggal bersama manusia malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari tempat yang mempunyai manusia selain mewujudkan perkampungan sendiri serta hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa'labah al-Khasyani, sabda Rasulullah SAW (maksudnya); Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (spertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia).

"Bunian itu adalah bahasa istilah yang sebenarnya merujuk kepada jin... Jin itu memang wujud malah ia turut disebut dalam al-Quran dan hadis.


"Boleh jadi apa yang menimpa kepada mangsa itu ada kaitan dengan perbuatan jin. Kita harus faham jin itu hidup dalam kalangan manusia dan kawasan hutan itu juga adalah tempat tinggalnya," katanya.

Mengulas mengenai kehilangan Acap, Zaharuddin berkata, sukar untuk ditafsirkan apa sebenarnya berlaku kepada pemuda itu kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku kepadanya.

Bagaimanapun katanya, dia menasihatkan agar orang ramai tidak terlau obses dalam hal berkaitan bunian sehingga sanggup melakukan pelbagai ritual bertentangan dengan Islam sehingga jatuh syirik.

Sebaliknya kata Zaharuddin, dalam setiap usaha menjejak Acap ia perlulah berlandaskan Islam selain berusaha dan berdoa agar dipertemukan kembali dengan Acap dalam keadaan baik dan selamat.

"Sebagai orang Islam kita tidak boleh berputus asa dalam berusaha mencari dan mencari kebenaran tetapi janganlah sehingga menggunakan khidmat bomoh dan melakukan perbuatan syirik," ujarnya.

Sumber : Mstar

No comments

Powered by Blogger.
a