Header Ads

Caj Beg Plastik Akan Dinaikkan Kepada 50 Sen Sehelai, Rakyat Mampu & Rasa 'Murah' Caj Beg Plastik 20 Sen Seperti Sekarang



Seperti yang semua maklum, kerajaan kini melaksanakan caj beg plastik sebanyak 20 sen kepada pengguna, dan dlam usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik sekaligus memupuk kesedaran sayangi alam sekitar kepada masyarakat.

Selepas beberapa tahun caj ini dilaksanakan, rata-rata rakyat Malaysia dilihat tidak mempunyai masalah untuk membayar cas 20 sen tersebut sekiranya mereka memerlukan beg plastik setiap kali membeli belah.

Meskipun tiap kali membeli belah pasti berhelai-helai beg plastik yang akan digunakan, sebagai contoh 20 sen untuk sehelai beg plastik, jika lebih 5 helai boleh dikatakan cecah RM1.00 dan ini sangat tidak membebankan masyarakat berdasarkan kaji selidik kerajaan terhadap isu ini.


Naikkan caj plastik daripada 20 sen kepada 50 sen?
Ada pihak yang mengatakan bahawa caj tersebut tidak mampu untuk pupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat memandangkan beg plastik masih meluar digunakan meskipun sudah dikenakan caj.

Berdasarkan laporan Kosmo pada hujung Mac lalu, Pulau Pinang kini mempertimbangkan untuk menaikkan caj beg plastik daripada 20 sen kepada 50 sen.

Ini adalah langkah dan usaha kerajaan negeri Pulau Pinang dalam mengurangkan penggunaan beg plastik terutamanya di negeri itu.

Namun, cadangan tersebut masih dalam perbincangan menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri iaitu Phee Boon Poh. Tambahnya lagi, mereka memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh
"Mungkin ada pengguna di negeri ini yang merasakan caj 20 sen ini terlalu murah dan tidak menghalang mereka untuk terus menggunakan beg plastik jadi kita kaji untuk menaikkan caj ini," katanya.


Caj 50 sen tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat


Kemudian, memetik dari laporan Berita Harian, cadangan menaikkan caj beg plastik kepada 50 sen tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat kerana tujuan sebenar caj dikenakan untuk mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan plastik bagi menjaga kelestarian alam sekitar.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata cadangan kadar caj baharu itu akan dibincangkan bersama pihak berkaitan terlebih dahulu, sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

Jumlah kutipan caj beg plastik masih tinggi
Katanya, hingga kini jumlah kutipan caj beg plastik masih tinggi walaupun pelaksanaan program ‘tiada beg plastik percuma’ diperkenalkan sejak 10 tahun lalu.
RM8 hingga RM9 juta hanya kutipan untuk caj beg plastik, jumlah masih tinggi
Kutipan caj beg plastik direkodkan antara RM8 hingga RM9 juta, walaupun pemerhatian kerajaan negeri mendapati penggunaan beg plastik berkurangan hingga 50 peratus, sejak ia diperkenalkan.
Pengguna sanggup bayar 20 sen
Kutipan ini masih tinggi dan kita yakin orang ramai sanggup membayar 20 sen untuk penggunaan beg plastik dan ini bertentangan dengan tujuan utama pengenalan program berkenaan", katanya. Hal ini dapat disimpulkan bahawa cara untuk melestarikan alam sekitar dan pupuk kesedaran adalah kurang bergantung kepada penggunaan beg plastik. 

Sumber : bharian, Harian metro

No comments

Powered by Blogger.
a