Header Ads

‘Dah 2019 Ada Lagi Orang Pandang Rendah Kat Kerjaya Ni’ – Seorang Photographer Luah Rasa Kecewa Dapat Tawaran Kerja 'Tanpa Bayaran'


Semua orang boleh mengambil gambar dalam apa jua keadaan. Tetapi, tak semua orang mampu untuk mengambil gambar dengan hasil yang sangat baik. Kerjaya sebagai seorang jurugambar atau kita lebih suka panggil 'photohrapher' bukanlah pekerjaan yang 'mudah' jika tiada skill yang power untuk mengambil gambar pada suatu angle yang betul-betul boleh membuatkan orang di dalam gambar atau pemandangan untuk tarikan mata yang memandang. Meskipun kerjaya ini bukan kerjaya profesional dan lebih kepada kemahiran, tetapi semuanya terletak pada bakat seseorang itu yang tak semua orang miliki.

Seorang photographer berkongsi direct message (DM) bersama seseorang yang sedang berunding dengannya untuk tawaran sebagai jurugambar secara percuma tanpa bayaran. Kedengaran seperti tidak munasabah tetapi itulah kenyataannya. Setiap orang yang mencari rezeki dengan hasil titik peluh pasti inginkan 'hasil' dengan kondisi ekonomi sekararang. Menurut DM yang dipaparkan, orang yang berunding dengannya itu meminta untuk dia bekerja secara percuma sebagai jurugambar butik pakaian dan hanya ingin menggunakan kemahirannya sahaja.

Ikuti thread penuh di bawah.

"No charge, more on skills everything"


Kemudian, photographer ini membalas semula DM tadi dengan luah rasa kecewa seakan-akan memandang rendah pada kerjaya tersebut sedangkan dia juga mempunyai kehidupan untuk disara dan perbelanjaan peralatan seperti kamera dan lain-lain keperluan juga memerlukan kos yang tinggi. Selain itu, dia juga menjelaskan adat berbisnes, masing-masing mahukan 'sesuatu' untuk hasil titik peluh mereka.



Orang pandang rendah pada kerjaya ini


Menerusi perbualan tersebut, rakannya menyatakan hasrat seseorang yang ingin mencari seorang jurugambar yang boleh mengambil gambar baju-baju di butik tanpa sebarang bayaran. Dia meluahkan rasa kecewa terhadap rakannya itu kerana kerjayanya bukan hanya terletak pada kemahiran sahaja namun termasuk juga dengan kos membeli kamera dan lain-lain.


Kamera mempunyai jangka hayat




Dia berasa sangat kecewa kerana pelangganya itu tidak mengambil kira kos dia untuk ke lokasi serta mengambil gambar tanpa henti selama dua hingga tiga jam tanpa henti. Selain itu, dia turut mengatakan proses edit gambar memakan masa yang lama dan menguji ketahanan mental.
Dia turut berkata, jangka hayat sesebuah kamera itu bergantung kepada berapa jumlah shot yang telah diambil. Setiap kali shot diambil, jangka hayat sesebuah kamera akan menurun. Oleh sebab itu, kos untuk membeli sebuah kamera perlu diambil kira.

Jangan mengambil kesempatan terhadap minat seseorang





Ada sesetengah orang menjadikan kerjaya ini sebagai hobi atau part-time job namun bukan bermaksud mana-mana individu atau syarikat boleh mengambil kesempatan terhadapnya. Setiap orang berusaha untuk menyara kehidupan, janganlah diambil enteng tentang hasil titik peluh seseorang lebih-lebih lagi bakat seseorang yang tidak semua orang miliki.

Sumber : Twitter Ejalninist

No comments

Powered by Blogger.
a