Header Ads

"Dah Takde Muncung Itik Lagi Dah" - Wanita Kongsi Buat Ujian 'Pap Smear' Sendiri, Tak Perlu Ke Klinik Lagi


Sebelum ini, wanita sudah berkahwin yang pernah menjalankan ujian pap smear semestinya melalui pengalaman sedikit sakit dengan bukaan ‘mulut itik’ ke dalam bahagian dalam kemaluan.
“Alamak, doktor suruh aku buat ujian pap smear minggu depan. Baru lepas bersalin dah nak kena buat ujian pap smear lepas bersalin ke? Dengar-dengar macam ngeri pula. Malu pun ada juga. Sakit tak agaknya ya?”
Menurut sumber yang ditulis oleh Dr Shepherd melalui The New Era, setiap 1 minit seorang wanita di dunia didiagnos dengan kanser serviks atau kanser pangkal rahim. Di negara kita pula, Astro Awani melaporkan bahawa kanser serviks ini adalah kanser ketiga yang paling banyak dihidapi oleh wanita Malaysia.
Memang agak tidak menyelesakan apabila memikirkan kita terpaksa menunjukkan alat sulit kepada doktor. Seperti yang kita tahu, Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. Lagipun, prosedurnya tidaklah mengerikan seperti apa yang digambarkan dalam fikiran!
Pemeriksaan ini boleh dilakukan di semua klinik dan hospital kerajaan, semua klinik/hospital swasta, dan termasuklah Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara) yang terdapat di seluruh negara.
Terbaru, melalui perkongsian dari pengguna Facebook iaitu Puan Nurzafirah Jalil menceritakan pengalamannya membuat ujian saringan serviks sendiri. Jadi, semua wanita kini tidak perlu menjalankan ujian pap smear di mana-mana klinik lagi kerana sekarang sudah ada kit pap smear iaitu cotton swab untuk anda buat ujian itu sendiri di rumah. Tak ada dah alasan untuk tak buat ujian pap smear sebab malu dengan nurse atau doktor. 
Ikuti perkongsian penuh di bawah.
Just sharing my experience.
Pap smear hpv dna test dah boleh buat sendiri. 
Pergi je ke KLINIK NUR LPPKN berdekatan then ckp nk buat pap smear. 

Isi borang dan pihak Klinik akan beri kit pap smear 
Nanti dia suruh isi borang sikit tanya background sikit then dia bg kit pap smear tu iaitu cotton swab tu.


cotton swab (Kit Pap Smear)


Nanti dia ajar mcm mana cara nak ambik sampel. 
Then pergi je toilet korang buat la sendiri. 
Dah takde muncung itik lg dah. 
Dah takde nurse yg buatkan dah. Korang buat sendiri je. 
Dah tak seram and malu lagi ok. 
So no more excuse. 
Demi kesihatan kita ye. Haha 
so nanti bg sampel tu pd nurse dia lepastu balik. 
Nanti dia sms result ke hp korang.
Pergilah buat sementara masih percuma. 
Staff LPPKN tu ckp masih free. 
Tapi tak tahu akan datang kalau ada dikenakan bayaran. 😊
Update :
Utk info lanjut boleh klik link ni


Sumber : Facebook Nurzafirah Jalil

No comments

Powered by Blogger.
a