Sempena ulang tahun kelahiran Rayfal atau nama sebenarnya Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram semalam yang ke-6 tahun, pelakon, Fasha Sandha, telah mengadakan sebuah majlis hari jadi secara kecil-kecilan tetapi sangat istimewa buat putera sulungnya itu dengan keluarga terdekat dan ayah kandung Rayfal, iaitu Jejai juga turut memeriahkan sambutan hari jadi itu.
Beberapa foto di sekitar majlis ulang tahun kelahiran Rayfal.
Jejai atau Rizal Ramli iaitu ayah kandung kepada Rayfal, dia berkongsi detik kelahiran Rayfal menerusi laman Instagramnya. Menurutnya, detik kelahiran anaknya itu merupakan detik yang terindah buat dirinya dan bekas isteri. Selain itu, dia juga meluahkan bahawa Rayfal, Jemyma dan Rayqal adalah segala-galanya buat dirinya. Mereka bertiga telah mengajarnya erti cinta dan cara sebenar untuk menjadi seorang bapa.
Post a Comment