Header Ads

(GAMBAR) Hidup Fasha Kembali 'Terisi' Hanya Dengan Sekali Lafaz


Sama cantik, sama padan. Itu perumpamaan sesuai bagi menggambarkan ikatan cinta dua pasangan selebriti , Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang akhirnya mengikat janji sebagai suami isteri pada 30 Mac lalu.

Hanya dengan sekali lafaz dengan mas kahwin RM300 dan jumlah hantaran yang dirahsiakan, jam 9.15 pagi bertempat di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Pelis adalah waktu dan tempat bukti termeterainya satu ikatan suci antara dua jiwa mempelai ini.

Tetamu istimewa diundang ke majlis perkahwinan Fasha dan Aidil iaitu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan juga isteri Menteri Besar Perlis, Datin Naraswana.







Fasha menzahirkan rasa syukur apabila majlis pernikahan dan persandingan berjalan lancar malah hidupnya kembali terisi selepas tiga tahun menjadi ibu tunggal.

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan





Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Syukur, saya kini menjadi isteri semula selepas tiga tahun lima bulan menjadi ibu tunggal.
Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata betapa bahagianya apabila majlis pernikahan dan resepsi di Perlis berjalan lancar.
Saya kembali menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan diharapkan mampu menjadi suri hidup Aidil dan ibu yang baik buat anak kami,” katanya.
Mengharapkan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, Fasha turut berdoa agar hubungan dua keluarga akan selalu bahagia.

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan 










Seperti saya katakan sebelum ini, kali ini saya merasai erti perkahwinan sebenar. Barangkali dengan restu keluarga kedua-dua pihak saya dapat rasa kelainan ini dan lebih disayangi.
Saya dapat rasa inilah keluarga sebenar dan benda yang patut ada dalam hidup setiap wanita. Apa yang penting kena ada restu kedua-dua keluarga.
Oleh itu, saya mengharapkan hubungan dan mentua akan selalu aman serta bahagia,” katanya.
Sumber : Harian Metro, Instagram Fasha Sandha 

No comments

Powered by Blogger.
a