Header Ads

"Kan Dah Cakap PUBG Ni Haram", Isu Wujud 'Kaabah' Dalam Game PUBG Undang Kemarahan Umat Islam, Tetapi Ada Juga Golongan Yang Memuji Syarikat PUBG ?


Permainan Player Unknown's Battleground (PUBG) sangat terkenal di India sehingga empat bandar telah mengharamkan permainan itu bagi melindungi kanak-kanak daripada keganasan.

Dianggarkan 21 individu telah ditangkap kerana bermain PUBG dan tempoh bermain di negara tersebut disekat kepada enam jam sehari.

Kontroversi melibatkan PUBG berterusan apabila baru-baru ini ia menimbulkan kemarahan ramai terutama penganut Islam kerana ciri baharu yang diperkenalkan.

Syarikat yang membangunkan permainan ini membuat silap besar apabila memperkenalkan 'kotak hadiah' dalam permainan itu yang menyerupai Kaabah, tempat suci bagi orang Muslim.

Lebih menimbulkan kemarahan apabila kotak itu boleh ditembak dengan senjata.

Ciri Baharu yang diperkenalkan dalam PUBG tidak boleh diterima kerana menyentuh sensitiviti 'gamers' Muslim

Ia adalah sebahagian daripada kotak hari jadi PUBG yang diperkenalkan minggu lepas sempena sambutan ulang tahun satu tahun permainan ini.

Sebagai tindak balas, pemain Muslim menyatakan kemarahan mereka di media sosial dengan memperkenalkan hashtag #boycottPUBG.

Ramai pemain bertindak memadam permainan ini dan ada juga menandatangani perisyen di Change.org menuntut Tencent mengeluarkan permohonan maaf. Salah satu kempen itu berjaya mendapat lebih dari 4000 tandatangan.


Tindakan syarikat PUBG memperkenalkan kotak hadiah seakan Kaabah mendapat bantahan ramai.

Setelah menerima banyak posting kemarahan, pemaju PUBG Mobile segera mengambil tindakan, melakukan semula reka bentuk kotak hari jadi dalam masa seharo. Syarikat itu juga mneulias tweet permohonan maaf dalam talian.

Walaupun ramai yang masih marah dengan Tencent, ada juga yang memuji syarikat itu kerana pantas menangani isu tersebut.


Ramai juga yang menandatangani petisyen

Sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak, tindakan pantas syarikat jelas menunjukkan ia tidak mahu kemarahan terus memuncak ketika India sudah mensasarkan PUBG Mobile sebagai ancaman kepada perkembangan anak-anak.

Menurut media tempatan, empat bandar di Gujarat telah mengharamkan PUBG kerana penggubal undang-undang tempatan percaya permainan itu terlalu ganas dan mengganggu pelajaran.

Dan larangan ini bukan jenaka. Sejumlah 21 orang telah ditangkap kerana PUBG, menurut PCMag India.

Apatah lagi, akhbar utama Hindi baru-baru ini mengisytiharkan PUBG sebagai wabak yang menjadikan kanak-kanak menjadi psikopat.

"Terdapat kesan bahaya terhadap permainan ini," menurut laporat Navbharat Times yang diterbitkan pada 20 Mac.

"Ramai kanak-kanak hilang keseimbangan mental mereka"

PUBG Mobile telah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kontroversi ini

PUBG Mobile bukan hanya berdepan ancaman larangan di India. Indonesia telah mempertimbangkan untuk melarang perminan itu di seluruh negara.

Beberapa pemimpin dan mufti di Malaysia juga telah bercakap mengenai pengharaman PUBG di negara mereka.

Mengakui kebimbangan mengenai permainan ini, pemaju asal PUBG dari Korea Selatan, Blurhole baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menyatakan syarikat itu sentiasa mahu menjadi ahli bertanggungjawab dalam ekosistem permainan.

"Untuk tujuan ini, kami sentiasa bekerjasama dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan berbeza, termasuk ibu bapa, pendidik dan badan kerajaan, mendengar maklum balas mereka tentang apa yang dapat kami lakukan untuk meningkatkan pengalaman PUBG secara keseluruhan."

Sumber : Abacus , Twitter PUBG Mobile, mstar

No comments

Powered by Blogger.
a