Header Ads

Kenapa Lelaki Selalu ‘Dipilih’ Untuk Masuk Ke Alam Bunian, Bukan Perempuan? Baca Sini


Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan seorang peserta Gopeng Ultra Trail iaitu Mohammad Ashraf Hassan, berusia 29 tahun, bermula Sabtu 23 Mac lalu.


Mohammad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap dipercayai hilang ketika melakukan larian Gopeng Ultra Trail sejauh 25km di Gua Tempurung, Perak. Namun gagal sampai ke garisan penamat dan menjadi tanda tanya kepada semua meskipun sudah menjalankan operasi mencarinya berhari-hari hingga ke tengah malam di Gua tersebut.


BACA JUGA : Operasi Cari Acap Di Gua : Ada Pendapat Kata, Acap Sebenarnya Ada Di Sekitar Situ, Tapi Matanya 'Ditutup' Oleh 'Penunggu Hutan' Sebab ...


Antara agensi yang terlibat dalam misi mencari ialah Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan juga Pasukan Gerakan Am.




Setelah misi pencarian selama seminggu dilakukan dan masih belum mendapat apa-apa petunjuk tentang kehilangan Acap, operasi SAR terpaksa dihentikan pada hari Sabtu, 30 Mac 2019.


Ketua Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya unsur mistik dalam kehilangan Acap


Kelmarin, operasi mencari Acap telah dijalankan di Gua di mana Acap hilang kerana mereka mengikut firasat ibu Acap, Puan Maznah yang mendapat mimpi bahawa anaknya berada di kawasan seakan Gua Tempurung.
Bukan setakat itu sahaja, pasukan pencarian juga turut mendapati ada laluan yang berbau 'wangi' di kawasan larian tersebut
Sebuah perkongsian di Facebook Info Panas telah viral baru-baru ini membincangkan tentang sebab lelaki sering 'dipilih' untuk masuk ke Alam Bunian, bukan perempuan.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai pengguna Facebook hingga hampir 7,000 share dan ramai yang meninggalkan komen tentang kisah ini mana yang mempunyai pengalaman dalam cerita berkaitan bunian ini.
Baca penuh di bawah:

"Kenapa lelaki biasanya hilang dalam hutan, bukan perempuan? Ini jawapannya...

Tidak merujuk kepada kes Acap semata-mata (kes kehilangan Azarul Mukhriz yang hilang di Bukit Broga antara buktinya), jelas individu ini, perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa.

Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding perempuan.

Jin ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan jin-jin ini.

Ciri-ciri lelaki yang sepertimana biasanya menjadi pilihan untuk 'dijemput' masuk ke Alam Bunian?

Gambar hiasan
Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan. Biasanya bagi jin Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang memandang kebendaan sebagai faktor utama.

Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.

Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding perempuan.

Bagaimana pula untuk mengenal pasti pintu masuk ke Alam Bunian ini?

Tentu ramai nak tahukan sama ada tempat kita hiking atau masuk ke hutan itu pintu masuk ke alam bunian atau bukan!

Biasanya apabila masuk ke hutan dan tiba-tiba kita ternampak buluh kuning, sila jauhi perkara tersebut kerana itu pintu masuk ke alam bunian.

Gambar hiasan
Begitu juga kalau terjumpa pokok besar tetapi halaman bawahnya cukup bersih, seolah-olah disapu dan dijaga, elakkan juga berehat di pokok tersebut. Jika digunung pula, elak melalui lereng-lereng bukit berbatu-batu besar kerana itu juga petanda pintu masuk ke alam bunian.
Gambar hiasan 
Sebab itulah apabila kita memasuki satu kawasan yang baru pertama kali kita pergi, jangan sesekali bercakap besar ketika memasuki hutan kerana golongan jin ini amat tidak suka dengan mereka yang bongkak dalam berkata-kata!
Antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook mengenai Orang Bunian dan juga pengalaman mereka berhadapan situasi seperti ini :


Sumber : Facebook Info Panas

No comments

Powered by Blogger.
a