Header Ads

"Lagi Sedap Dari Peha Ayam", Gadis Kongsi Pengalaman Termakan Nasi Kukus Daging Kucing!


Kadang-kadang sesuatu yang kita makan rasanya sangat sedap, pasti disebabkan perasa yang diletakkan dalam makanan itu mencukupi ataupun ada resepinya yang tersendiri. Bagaimana jika kita makan sesuatu yang sangat sedap, kemudian baru menyedari ianya sesuatu yang haram dimakan?
Baru-baru ini viral di laman Twitter apabila ada seorang gadis claim dia termakan daging... kucing?!
Seperti wanita ini, dia memuat naik di laman Twitter miliknya sebuah thread pernah termakan nasi kukus berlaukkan daging kucing, yang disangkakan pada awalnya adalah daging ayam.
Tweet wanita ini tular di laman sosial kerana mendapat perhatian ramai gara-gara netizen terkejut dia  memakan daging kucing. Menerusi Tweet tersebut, gadis itu mengakui rasa daging kucing sememangnya sedap.
Ujarnya lagi, dia tidak menyangka kedai tersebut menghidangkan daging kucing dan lebih mengejutkan banyak tengkorak kucing di belakang kedai tersebut.
Berkongsikan cerita mengenai kedai nasi kukus tersebut, gadis itu memberitahu kedai tersebut sememangnya popular kerana saiz ayamnya lebih besar dari saiz yang biasa dijual. Namun rupanya daging yang digunakan itu bukanlah ayam sebaliknya daging kucing.


Katanya lagi, pengalaman hitam tersebut membuatkan dia trauma untuk makan paha ayam. Tidak mendedahkan nama kedai tersebut, namun gadis itu memberitahu kedai tersebut terletak di Terengganu.



Bagaimanapun, ada segelintir netizen meragui kesahihan cerita tersebut dan berpendapat ia hanya rekaan semata-mata. Kata netizen lagi, jika cerita itu benar, pasti akan ada berita tentang kedai makan tersebut.

Betul juga apa yang dikatakan netizen, jika benar cerita berkenaan pasti akan kecoh satu Malaysia. Apa pun, janganlah sampai bagi pelanggan makan daging kucing.

No comments

Powered by Blogger.
a