Header Ads

“Moga Adik Iris Berjaya Cam Kak Bella!” – Tunaikan hasrat si cilik viral baru 11 tahun, MUA Bellaz dipuji netizen



Baru-baru ini telah tular di laman sosial beberapa foto hasil solekan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang dikatakan persis jurusolek profesional, sehingga mendapat pujian ramai kerana bakat luar biasanya itu.

Baru-baru ini telah tular beberapa foto hasil solekan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dikatakan persis jurusolek profesional, sehingga mendapat pujian ramai kerana bakat luar biasa pada usia mudanya itu.

BACA JUGA : (GAMBAR) Baru Berumur 11 Tahun, Hasil Make-Up Kanak-Kanak Ini Pukau Netizen, Solekan Macam MUA Profesional!


Namun, siapa sangka adik Iris Khairi telah dapat bertemu dengan seorang jurusolek terkenal dikenali sebagai Bellaz. Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini, kini dikenali ramai kerana hasil sentuhan solekannya yang begitu anggun dan tidak pernah mengecewakan.
Menerusi muat naik oleh Bellaz di laman Facebook, ‘makeup artist’ terkenal yang berasal dari Kedah itu telah berjaya melaksanakan impian adik Iris yang sudah lama ingin bertemu dengannya.

Impian adik Iris sudah terlaksana…


Cantik! Hasil sentuhan MUA Bellaz pada wajah adik iris




Iris mempunyai bakat yang besar…

Walaupun begitu, Bellaz juga turut memuji Iris kerana memiliki bakat yang besar dalam bidang solekan dan mendoakan agar dia berjaya serta dimurahkan rezeki.



Bellaz makeup Iris…

Dalam pertemuan tersebut, Bellaz telah berkesempatan untuk mengadakan sesi video livemakeup Iris. Perkongsian video tersebut telah menarik tumpuan ramai pengikut sehingga meraih lebih 800 ribu tontonan di Facebook.



Rata-rata pengikut MUA Bellaz dan adik Iris turut puji mereka berdua dalam bidang solekan ini dan mengharapkan agar adik Iris dapat ikut jejak langkah MUA Bellaz.





Sumber : Make Up By Facebook Bellaz

No comments

Powered by Blogger.
a