Header Ads

"Saya terpaksa pakai tuala wanita & tukar setiap 2 jam.." - Lepas Setahun Bebas Kanser, Kini Pemuda Hidap Kanser Usus Tahap 3


Allah beri nikmat sihat dan masa lapang pada semua hamba-Nya, sakit yang tidak mengenal usia itu pemberian dari Allah, dan Dia jualah yang memberikan kesembuhan.

Dapat berita gembira kerana bebas dari penyakit serius yang dialami selama ini, siapa sangka penyakit lama datang kembali. Seperti nasib saudara Mohamad Nor Imran Mat Shah iaitu seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini berada di tahun empat pengajian dalam bidang Sains Politik, selepas disahkan setahun bebas daripada Kanser Limfoma cuma sementara apabila dia disahkan menghidap kanser usus tahap tiga. Allahuakbar. 




Menurut laporan mStar, Imran telah berkongsi bahawa dia mendapat berita dukacita didiagnos kanser buat kali kedua pada awal tahun ini.

"Saya kena kanser Limfoma Hodgin pada tahun 2015, waktu tu tahap dua. Setelah buat rawatan, saya bebas pada awal 2018"

"Hujung Disember 2018, saya rasa ada sesuatu yang tak kena apabila mengalami pendarahan sewaktu buang air besar. Masa bulan Januari tahun ini saya dapat tahu ada kanser usus, dah tahap tiga".

Bagaimanapun, Imran redha dengan ketentuan Ilahi ketika diuji sebegini.



Pemuda berumur 23 tahun ini berkata dia telah merahsiakan perkara serius ini daripada keluarganya apabila dimaklumkan dia menghidap kanser limfoma.

Namun, selepas bebas daripada kanser tersebut dan kini didiagnos dengan kanser usus pula, Imran bertekad untuk berterus terang dengan keluarganya. Tambahan pula, kanser yang dihidapi sekarang ini sudah di tahap tiga.

"Kanser pertama hanya beberapa rakan sahaja yang tahu, tapi kali ini sesuatu yang besar bagi saya, jadi kena beritahu keluarga".

"Saya kena marah juga sebab sembunyikan kanser yang dulu, mereka anggap saya abaikan keluarga tapi sebenarnya saya tak nak susahkan ibu bapa."

"Mereka memang menyokong saya tapi mental saya memang kuat sebab masa kena pertama kali dulu saya hadapi seorang sahaja".



Dia mengakui bukan mudah untuk menerima semua ini dan bukan mudah untuk menjalani kehidupan selepas didiagnos dengan kanser kerana banyak cabaran yang perlu ditempuh dan kesulitan yang dihidapi untuk meneruskan kehidupan.

"Saya terpaksa pakai tuala wanita, kawan perempuan tolong belikan. Bila darah terlampau banyak, saya pakai pampers pula".


Malah, dia juga mengalami muntah-muntah setiap hari selain terpaksa menjalani kimoterapi sebagai rawatan susulan kanser yang dihidapinya. 



Imran berkata, pada mulanya dia berasa kurang selesa dengan keadaan yang sekarang ini namun lama -kelamaan di sudah terbiasa.

"Selepas rawatan pertama ada sesuatu berlaku yang mana pada waktu itu saya sedang berjalan dengan kawan, mereka tegur ada darah di seluar saya. Tapi tak sakit pun".

"Agak sukar khususnya sewaktu berada di tandas awam atau nak solat di surau, orang pandang pelik tengok keluar dari tandas lelaki bawa tuala wanita".

"Setiap dua jam kena tukar, mula-mula tak selesa tapi sekarang dan biasa nak buat macam mana. Selepas ke hospital dan diberi ubat, ia semakin kurang sekarang".

Apa yang buat ramai sebak, Imran memaklumkan disebabkan penyakit yang dihidapinya itu, dia gagal untuk menghadirkan diri sekaligus penerimaan sebagai Pegawai Muda Palapes dalam Pentauliahan Diraja Pegawai Muda Palapes Universiti Awam pada Ogos ini.



Imran seorang pelajar yang aktif dan dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang Pegawai Diplomatik (PTD) suatu hari nanti.

Imran luah rasa syukur kerana dikelilingi dengan orang yang sentiasa menyokongnya.

Semoga Imran diberi kesembuhan seperti sedia kala dan diberi kekuatan untuk melawan kansernya.Amin.

Sumber : mStar


No comments

Powered by Blogger.
a