Header Ads

"Tiada Niat Persenda Agama" - Posting IG Sharifah Sakinah Pakai Lampin Di Kepala Kena Tegur PU Amin


Baru-baru ini, posting seorang pelakon, Sharifah Sakinah mendapat perhatian seorang pencetus ummah iaitu PU Amin yang juga aktif di laman sosial Instagram. Posting tersebut adalah gambar Sakinah mengenakan lampin di kepala beserta sebuah kapsyen. Tindakannya telah ditegur oleh PU Amin kerana kepala diletakkan lampin pakai buang sedangkan kepala adalah anggota mulia untuk ditutup dengan benda yang sepatutnya seperti tudung.

Paparan skrin perbualan di antara Sharifah Sakinah dan PU Amin

Teguran PU Amin kepada Sharifah Sakinah adalah dihantar melalui DM di Instagram dan Sakinah memberi respon dengan cara baik terhadap terguran tersebut.

"Pertama kali, saya memahami kebimbangan dan saya hargai ustaz sudi menghantar mesej peribadi daripada menegur secara umum.

"Apabila saya membuat posting berkenaan tiada sekelumit pun niat saya untuk mempersendakan agama atau cara bertudung.

"Ya, mungkin saya agak nakal, namun kapsyen seperti itu dibuat hanya untuk menyindir posting beberapa produk lain yang memiliki kapsyen lebih kurang sama", katanya.

Sharifah Sakinah memuat naik paparan skrin perbualan di antara dia dan PU Amin di Insta Storynya. Perbualan tersebut adalah teguran secara peribadi melalui Direct Message (DM) di laman Instagram miliknya.

Melalui perbualan itu, melihatkan Sakinah sangat menghormati teguran PU Amin dengan memberi respon dengan cara baik, malahan dia turut menyatakan untuk berfikir dua kali sebelum memuat naik sebarang posting selepas ini.


Status yang dimuat naik oleh Sharifah Sakinah

"Terima kasih atas perhatian dan saya akan mempertimbangkan untuk membuat posting seperti ini selepas ini. Saya mohon maaf," ujarnya.

Sebelumnya, posting tersebut telah disalah erti hingga ada yang menganggap bertentangan dengan akhlak seorang muslim dan mampu memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Lalu posting Sakinah dengan memakai lampin di kepala itu menjadi ikutan ramai yang mengambil kesempatan menjadikan ia sebagai parodi.



Sumber : Instagram Sharifah Sakinah


No comments

Powered by Blogger.
a