(VIDEO) "Apa hukuman paling setimpal untuk beruk pegang stereng mcm ni?" - Netizen Bengang Polis Trafik Dilanggar Hingga Tercampak Dekat Dataran Merdeka
![]() |
Imej yang dirakamkan dari kamera litar tertutup Polis Diraja Malaysia kemalangan di hadapan bangunan di persimpangan Jalan Sultan Hishammuddin, Kuala Lumpur pada Selasa pagi. - Gambar CCTV PDRM
|
Menerusi video kamera litar tertutup berdurasi 45 saat yang turut dikongsi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitternya, kelihatan anggota trafik tersebut sedang memberi laluan kepada kenderaan menuju terus ke Jalan Raja atau belok kanan ke Leboh Pasar.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba, sebuah kereta yang menghala ke Jalan Raja melanggar anggota trafik tersebut yang berdiri di tengah-tengah persimpangan itu untuk mengawal laluan trafik.
Seperti dapat menjangkakan akan dilanggar, anggota trafik itu dilihat tangkas berdiri semula selepas kejadian itu.
(VIDEO) Ketika anggota trafik mengawal lalu lintas, kemudian sebuah kereta melanggar anggota trafik hingga tercampak
02April2019/KL— 999 Malaysia 🇲🇾 (@999Malaysia) April 2, 2019
Rakaman CCTV sebuah kereta melanggar seorang Anggota Trafik yg sedang buat kawalan lalu lintas di persimpangan Jalan Sultan Hishamuddin..#999Malaysia pic.twitter.com/H4TKR9DJXP
Menyedari kesalahan yang dilakukannya, pemandu kenderaan tersebut bertindak keluar dari kenderaannya dan menuju ke arah anggota trafik tersebut.
Dalam video berkenaan, pengguna jalan raya lain terutama penungggang motosikal dilihat memberhentikan kenderaan mereka dan menuju ke arah anggota tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya yang mengesahkan kejadian itu berkata, anggota trafik berkenaan mengalami kecederaan ringan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Pemandu dibawa ke balai polis trafik untuk siasatan dan tindakan lanjut. Kawasan kejadian merupakan persimpangan lampu isyarat jalan bandaran.
"Keadaan cuaca semasa kejadian adalah baik dan permukaan jalan kering," katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.
Sumber : Astro Awani, 999 Malaysia
Post a Comment