Header Ads

(VIDEO) "B*doh, Anak Aku Kat Rumah" - Bengang Di 'Double Park', Wanita Ini Tinggalkan 'Surat Cinta' & 'Ajar' Pemandu Biadap



Double park adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap pemandu kerana menghalang laluan atau erti kata lain 'blocking' sehingga menyusahkan orang lain terpaksa menunggu sehingga pemandu yang mem 'block' itu mengalihkan keretanya. Lebih-lebih lagi apabila menghadapi situasi kecemasan dan terpaksa cepat keluar dari tempat parking, kemudian di double park oleh pemandu lain yang biadap. Tambah geram lagi, apabila pemandu biadap yang buat double park itu tidak meninggalkan nota nombor telefon supaya mudah dihubungi seandainya dia juga berada dalam kecemasan terpaksa berbuat demikian.

Terjadi kepada seorang wanita ini apabila pemandu biadap tidak meninggalkan nombor telefon dan wanita ini juga kelihatan dalam resah mahu cepat pulang ke rumah. Tanpa berfikir panjang, wanita tersebut membuat keputusan untuk memberi pengajaran ‘mahal’ dan boleh diingat sampai bila-bila kepada pemilik kereta yang menghalang laluannya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Bangsar, semalam.
Video tindakan beraninya viral di laman Twitter semalam dan mendapat ribuan perkongsian.

Orang ramai tepuk tangan atas tindakan berani

Wanita itu dirakam cuba mengundur kereta dipandunya namun terhalang dengan sebuah kereta lain yang diparkir betul-betul dibelakang keretanya. Dalam usaha untuk keluar, wanita berkenaan dilihat beberapa kali merempuh kereta dibelakangnya.

Siap tinggal ‘nota cinta’

Turut kelihatan di dalam video adalah nota yang ditinggalkan wanita terbabit iaitu, ‘You f*cking idiot, I have a child at home’ (Bodoh, aku ada anak kat rumah). Lucunya, pemilik kereta yang menghalang laluan itu ada meninggalkan kad dengan ayat ‘Call me at:’, namun ruangan nombor telefon terbiar kosong.

Side mirror pun jadi mangsa!


Sebelum berjaya sepenuhnya keluar dari tapak parkir, wanita dalam lingkungan 40-an itu sempat mengepakkan cermin sisi kereta dibelakangnya sebelum beredar. Tindakan itu disambut dengan tepukan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Sumber: Chris Chew

No comments

Powered by Blogger.
a