Header Ads

(VIDEO) ‘I Habis Shooting, Kita Buat Anak Ketiga’ – Buat Video Ucapan Dengan 'Joget', Hairul Azreen Dikritik Tidak Hormat Isteri


Siapa tak kenal blogger dan instafamous tak lain tak bukan, Hanis Zalikha yang sedang hamil anak kedua hasil perkahwinan bersama pelakon Hairul Azreen. Apa saja yang dimuat naik di laman sosial oleh mereka, pasti akan mendapat perhatian para netizen. lebih-lebih lagi jika gambar dan video anak sulungnya, Yusuf Iskandar dengan kecomelannya itu. Jarang sekali kontroversi timbul dari dua pasangan romantis ini.

Terbaru, Hairul Azreen telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen apabila dia memuat naik video pendek dan dimuat naik di laman Twitter yang dicipta khas untuk isterinya, Hanis Zalikha, menurut kapsyen Hairul sendiri.

Di dalam video berdurasi 19 saat tersebut, kelihatan Hairul bersama beberapa orang krew di set penggambaran. Dia berpesan supaya isteri menjaga diri serta anak dengan baik sementara dirinya sedang shooting. Di akhir video dia turut menyatakan hasrat untuk membuat anak yang ketiga apabila selesai penggambaran.

Terbaru, Hairul Azreen menerusi Twitter memuat naik ucapan di mana dia sedang menjalani penggambaran dan terpaksa meninggalkan isteri menjaga anak di rumah. 


Video buat isteri saya






Walau bagaimanapun, video tersebut mendapat kritikan netizen yang rata-rata menganggap Hairul ‘tidak menghormati’ isteri. Persepsi netizen tentang video tersebut telah mencetuskan kontroversi dan Hairul Azreen turut dikecam melalui laman Twitter.

Ada netizen yang berpendapat dia tidak patut buat video sedemikian dan memuat naik di tempat 'awam'. Ada juga yang mengatakan ianya isu antara suami dan isteri tidak perlu dipertontonkan di khalayak ramai.






Sumber : Twitter Hairul Azreen

No comments

Powered by Blogger.
a