Header Ads

(VIDEO) "Meremang sampai ke tengkok" - Seram! Bunyi Kuat Wanita Menangis Di Asrama Lelaki Waktu Tengah Malam



Di dunia ini, bermacam makhluk wujud bukan sahaja makhluk yang boleh nampak dengan mata kasar, tetapi makhluk ghaib atau halus juga jangan pernah diupakan kerana kita berkongsi 'tempat' yang sama. Bezanya adalah tidak semua orang boleh nampak dan 'merasai' kehadiran mahluk halus yang ada di sekitar.

Seorang pengguna Twitter bernama Herdy memuat naik thread dan berkongsi pengalaman seram apabila dia terdengar satu bunyi 'aneh' dan dipercayai bunyi yang datangnya dari makhluk halus. Bukan itu saja, dia sempat merakam bunyi 'menakutkan' itu dan dikongsikan kepada pengikutnya di laman Twitter. 

Ikuti thread penuh di bawah.

Tangisan makhluk halus







Difahamkan, kejadian seram ini berlaku pada jam 1.30 pagi sewaktu Herdy hendak ke bilik air. Hajatnya terbantut apabila dia terdengar bunyi wanita menangis dengan kuat sehingga membuatkan dia berada dalam ketakutan.





Sedang Herdy dalam ketakutan, malangnya bunyi tersebut tidak didengari oleh penghuni lain.

Selepas itu, kedengaran bunyi burung hantu. Biasa kita dengar tidak pasti sama ada betul atau tidak, apabila ada bunyi burung hantu, ia merupakan tanda bahawa wujud makhluk halus di kawasan tersebut. Wallahualam.

Pelik, saya sorang je dengar, orang lain tak dengar


Selepas Herdy sempat merakam momen-momen seram beserta bunyi tangisan seorang wanita yang dipercayai makhluk halus itu, rakaman tersebut diberikan kepada kawan-kawan lain. Kemudian, masing-masing terpaku dan tergamam.








Keesokan hari, Herdy dan rakan lain berbincang dengan seorang yang 'arif' dalam hal-hal ghaib sebegini. Selepas mereka meluahkan semuanya, barulah mereka mengetahui punca sebenar kejadian seram itu.

Ada yang ganggu tempat dia


"Ni lokasi yg sama dalam video smalam yg sy record tanpa sengaja ..tp sy tak dpt dgar dari arah mana suara tersebut datang !!!" - Herdy

Rupa-rupanya, sebelum ini mereka ada buat pembersihan dan ia mungkin telah mengganggu 'tempat' mahluk halus tersebut dan berkemungkinan proses pembersihan tersebut mendatangkan kemarahan makhluk halus tersebut.











Sumber : Twitter Herdyy

No comments

Powered by Blogger.
a