Header Ads

(VIDEO) 'Sajikan' Tarian Separuh Bogel Di Majlis Perkahwinan, Netizen Boikot & Normah Damanhuri Perjelas Sepatutnya Penari Buat Tarian Tradisional


Majlis kahwin bukannya parti liar, itulah kata-kata orang ramai yang melihat video tarian separuh bogel yang ‘disajikan’ kepada tetamu di majlis resepsi perkahwinan pelakon dan model Ahya Rosli yang diadakan pada Sabtu lalu.




Rata-rata netizen mengkritik tarian agak lucah itu sangat tidak sesuai untuk majlis tersebut yang bertemakan tradisional Melayu selain memberikan pengaruh kepada masyarakat. Kemudian, susulan kejadian tarian berunsur lucah di majlis perkahwinan pelakon dan model, Ahya Rosli bersama pasangannya, Shahirah Sanusi minggu lalu, netizen terus-menerus memberi pengajaran kepada keluarga itu.









Anak Normah Damanhuri, Ahya berkata isu ini tak perlu diperbesar hanya sekadar hiburan 

Bagaimanapun, Ahya berkata beliau tidak melakukan kesalahan dan persembahan itu hanya sekadar hiburan sahaja. Sepatutnya, ia tidak perlu jadi satu isu yang besar dan memanggil netizen yang mengecam majlis perkahwinan itu sebagai 'anjing'.

"Terpulang pada diri saya sendiri dan saya ada hak untuk buat apa pun sebab ini majlis saya. Lagipun saya yang keluarkan duit, bukan netizen", kata Ahya.



"Jadi orang mahu cakap apa sahaja, saya tidak kisah. Bagi saya orang yang mengkritik itu tiada kerja lain mahu buat selain mengganggu hidup orang lain".


Ribuan netizen boikot keluarga Normah Damanhuri

Tidak hanya mengecam, netizen kini telah melancarkan kempen untuk memboikot keluarga Normah Damanhuri termasuklah anak-anaknya, Ahya Rosli dan Liana Rosli (Kak KM).

Menerusi satu status di Facebook, pengguna Ajwad Rawk melancarkan kempen boikot tersebut dan ia nampaknya mendapat persetujuan ramai.




Ada juga netizen yang telah melaporkan laman Instagram Ahya dan Kak KM kepada pihak Instagram. Tidak cukup ahli keluarga, netizen turut mahu memboikot produk jamu keluaran Kak KM.

Kempen memboikot sampah masyarakat! Mereka memalukan agama Islam!”, tertera di poster boikot tersebut.


Status itu sehingga kini telah mendapat 3,700 perkongsian dan 2,200 komen. 




Ahya menjemput seorang  lelaki yang menyerupai wanita, berpakaian seksi dan sangat lincah menari dengan gaya tidak senonoh di depan tetamu.


(VIDEO) Normah membuat pemohonan maaf menerusi laman Instagram miliknya

Terbaru, pelakon Normah Damanhuri mewakili keluarga memohon maaf atas kekhilafan pihaknya kerana tarian oleh penari separuh bogel dalam majlis perkahwinan anaknya yang juga seorang aktor Ahya Rosli pada Sabtu lalu.


Menurut Normah, dia tidak menyangka penari tersebut akan mengenakan pakaian seksi dan mencolok mata sehingga undang kecaman dan fitnah.


"Untuk pengetahuan semua, persembahan paperdoll itu sepatutnya merupakan tarian tradisional, hanya miming, jenaka dan gurau-gurau santai dengan tetamu, ala-ala Bollywood. Tapi, tak sangka pakaian (penari) keterlaluan untuk majlis perkahwinan.


"Saya Normah Damanhuri terlebih dahulu menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua atas kekhilafan semasa majlis perkahwinan anak saya," katanya menerusi Instagram pada Isnin.


Dia juga turut berjanji kejadian tersebut tidak akan berulang lagi.


"Lagi sekali saya bagi pihak seluruh keluarga memohon maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya berjanji ia tak akan berulang lagi...maafkan saya." ujarnya.





Video penari separuh bogel di majlis perkahwinan anaknya yang mendapat perhatian rakyat dengan kecaman dan fitnah.





Ahya, 32, selamat bergelar suami kepada Shahirah dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian pada 29 Mac lalu.

Sumber : Facebook Ajwa Hawk , Twitter Ieyman Lee's, Instagram Normah Damanhuri, Instagram Ahya Rosli, Kosmo online

No comments

Powered by Blogger.
a