Header Ads

"Adui terhibur aku sebelum berbuka!" -Video Mira Filzah ‘Baby Sayang’ Jadi ‘Lepat Pisang’ Mencuit Hati Netizen



Pada awal bulan lalu, telah tular video IG Live pelakon popular yang sedang hangat diperkatakan iaitu Mira Filzah di laman Twitter apabila beliau membuat 'Ask Me Question' bersama peminat.

Kemudian, terdapat satu soalan daripada pengikutnya yang mengikuti IG Live tersebut sama ada pelakon itu lebih gemar menggunakan panggilan baby atau sayang gara-gara IG live tersebut tular sebelumnya kerana Mira Filzah membalas tweet peminatnya dengan 'Baby Sayang' yang mencuri perhatian ramai sehingga mendapat 45 ribu Retweet.

Bukan itu sahaja, selepas tular 'Baby Sayang' di laman sosial, ada netizen yang telah memparodikan IG Live pelakon tersebut dengan menyunting bahagian suara Mira Filzah menyebut 'Baby Sayang' kemudian menukar kepada suara individu lain dan menggantikan bahagian 'Baby Sayang' dengan perkataan 'Lepat Pisang dan Teh Ais'. Sepantas kilat, video parodi tersebut tular sehingga kini mendapat 31 ribu Retweet dan dijadikan bahan lawak netizen sempena bulan puasa kerana mengaitkan dengan menu berbuka puasa.

Video parodi 'Baby Sayang' jadi 'Lepat Pisang' dan 'Teh Ais'


Video asal IG Mira Filzah menyebut 'Baby Sayang' sebelum disunting dan diparodikan




Video yang telah diparodikan tular di laman sosial serta mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen apabila mendengar suara individu lain dalam video tersebut yang menyebut Lepat Pisang dan Teh Ais.








Sumber : Twitter Muhd Faris Azlan , Surayazk, Himpunan Cerita Lawak

No comments

Powered by Blogger.
a