Header Ads

"Aku perlukan boyfriend/bakal suami!" - Nak Lelaki Tak Takut Lipas, Gadis Ini 'Iklankan' Diri Cari Jodoh Di Twitter


Semua orang pasti menginginkan pasangan hidup lebih-lebih lagi jika sudah bersedia dan dah sampai masa untuk membina rumah tangga. 

Seorang gadis begitu berani 'mengiklankan' dirinya sedang mencari jodoh menerusi satu hantaran di aplikasi media sosial Twitter baru-baru ini lantas mencuri tumpuan netizen dan tular dan menerima hampir 2,000 Retweet kerana dia begitu yakin dan berani dalam 'iklan' dirinya itu.

Menurut Shazrina atau lebih mesra dengan panggilan Shaz, dia serius dengan hantarannya di laman Twitter tersebut yang sedang mencari-cari pasangan hidup selepas kecewa dipertemukan dengan lelaki 'gatal' di aplikasi Tinder. Dia tidak berputus asa meneruskan usaha mencari jodoh untuk dirinya sendiri di platform Twitter pula.

"Weh korang aku serius ni tak main-main"

Hantaran Shaz di Twitter pada Jumaat lalu curi perhatian netizen


Dia juga menyatakan bahawa mana-mana lelaki yang berminat atau ingin cuba nasib dialu-alukan hantar resume pada direct message Twitter miliknya.



Gadis ini juga membuat list kelebihan dirinya tentang kebolehan memasak, jaga anak, mengemas rumah dan menjahit.




Shazz turut menyenaraikan ciri-ciri bakal suami yang diimpikan untuk rujukan para lelaki yang berminat untuk menjadi pasangannya.


 


Gadis yang tinggal di Selangor ini juga mahukan bakal suaminya berumur dalam lingkungan 24 ke 28 tahun dan memiliki pekerjaan yang halal.


Menurut Shazz, dia pernah bercinta selama 5 tahun dan jodoh tidak berpanjangan akhirnya dia ditinggalkan.

Shazrina atau Shaz, gadis berusia 24 tahun yang berhasrat untuk berkahwin pada umur 25 tahun

Shaz mengaku dirinya agak berisi dan dalam proses untuk kuruskan badan. Memetik laporan mstar online, Shaz yang merupakan bekas mahasiswa di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu mahu bakal pasangan hidupnya adalah lelaki yang berani lebih-lebih dengan binatang atau serangga.



Contohnya kalau katak masuk rumah kita, dua-dua penakut, takkan nak panggil jiran sebelah untuk halau katak.



Shaz bersama kedua ibu dan ayahnya

Harapan Shaz lagi dengan mengikut pesanan ibunya, dia ingin mendapatkan pasangan yang tidak merokok dan jika dia betul-betul dapat lelaki seperti itu dikira satu bonus buat dirinya.




Sumber : Twitter Shazrina Ali, mstar 

No comments

Powered by Blogger.
a