Header Ads

Dana Tabung Harapan RM203 Juta Akan Digunakan Untuk Bayar Hutang 1MDB - Kementerian Kewangan




Tabung Harapan Malaysia diperkenalkan oleh Pakatan Harapan. Ia merupakan satu tabung yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Mahathir Mohamad pada 30 Mei 2018. Tujuan tabung ini merupakan satu wadah untuk rakyat membantu negara dan menerima derma rakyat bagi mengukuhkan kewangan kerajaan. Penubuhan tabung tersebut dilakukan setelah melihat kesediaan rakyat untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang negara.

Terbaru pada 16 Mei 2019 hari ini, jumlah tabung keseluruhan adalah sebanyak RM203,292,117.41. Kementerian Kewangan Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari ini bahawa wang dalam tabung harapan Malaysia akan digunakan untuk melunaskan sebahagian hutang 1MDB yang berjumlah RM1,704.78 juta daripada jumlah keseluruhan hutang 1MDB sebanyak RM51 billion.

Menteri Kewangan juga menyifatkan Tabung Harapan sebagai simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk melangsaikan hutang negara.

Kenyataan Rasmi Penuh

Sumber : MOF

No comments

Powered by Blogger.
a