Header Ads

"Doakan anak saya selamat..Baba loves you so much!" - Sharnaaz Mohon Doakan Kesihatan Anaknya


Siapa tak kenal bayi kecil yang terserlah kecomelannya iaitu Jebat Jayden anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila kakak kepada selebriti Neelofa. Kondisi anaknya, Jebat masih belum stabil kerana Sharnaaz memberitahu Jebat perlukan rawatan kecemasan.


Jebat Jayden Ahmad bin Sharnaaz Ahmad

Menerusi gambar Jebat dimuatnaik oleh Sharnaaz dan insta story miliknya, Sharnaaz meminta agar orang ramai mendoakan kesihatan anak lelakinya yang comel itu.


Perkongsian dari Instagram Sharnaaz Ahmad 

"Doakan anak saya selamat, Jebat dalam keadaan kurang baik, doalah di bulan mulia ini, terima kasih untuk Jebat Jayden Ahamad bin Sharnaaz Ahmad.

"I love you sayang. Doakan Jebat. I am half than you my boy. Your name make you so strong Insyaallah. Strong like your name my Jebat...baba love you so much," tulisnya.


Pada Khamis lalu, Jebat Jayden Ahmad berusia lapan bulan selamat menjalani pembedahan akibat jangkitan saluran kencing (UTI).

Sharnaaz turut memohon maaf kerana terpaksa membatalkan semua majlis yang sepatutnya dihadiri pada Ahad.

"Maaf saya tak dapat ke semua event malam ini (Ahad). Harap semua memahami keadaan Hebat tak stabil dan perlukan rawatan susulan kecemasan. Maaf", tulisnya.




Jebat yang dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu ialah anak sulung hasil perkahwinan Sharnaaz dengan Noor Nabila Mohd Noor.

Sharnaaz dan Nabila, 35 berkahwin pada 31 Mac 2017 dan pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.

Sumber : Instagram Sharnaaz Ahmad 

No comments

Powered by Blogger.
a