Header Ads

Kisah Ngeri 'Pressure Cooker' Meletup Sampai Badan 'Hangus', Ini Cara Penggunaan 'Pressure Cooker' Yang Selamat!


Pasti kebanyakan ibu atau kita sendiri sukakan alatan memasak yang memudahkan dan cepat iaitu periuk tekanan atau lebih dikenali sebagai pressure cooker. Kebaikan utama periuk ini pasti ramai tahu ianya dapat menjimatkan masa memasak. Tetapi, tak semua orang tahu bahawa pressure cooker adalah amat bahaya jika tidak tahu penggunaannya yang betul seperti yang dialami oleh ibu dan adik ekpada saudari ini.

Semalam, seorang wanita berkongsi thread di laman Twitter, ibu dan adiknya melecur teruk selepas pressure cooker yang digunakan meletup. 

Lagi 15 minit nak berbuka










Thread ini mendapat lebih 7k retweet, wanita ini memohon orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan periuk pressure cooker. Adik dan ibunya dilaporkan melecur teruk di badan selepas membuka periuk ini 15 minit sebelum berbuka puasa.


Doktor sahkan adik burn stage 2






Kena operate 





Berhati-hati apabila guna pressure cooker

Ternyata ini bukanlah kes pertama melibatkan pressure cooker. Ada dalam kalangan netizen juga berkongsi pengalaman ngeri guna pressure cooker.




Ini bukanlah kes pertama berlaku mengaitkan pressure cooker. Jadi, min nak kongsi cara yang betul nak guna pressure cooker dengan selamat.


Cara guna pressure cooker tanpa membahayakan diri


  • Bagi menggunaan periuk tekanan eletrik, anda perlu baca manual penggunaan. Nak tak nak, anda perlu baca cara penggunaan periuk tekanan anda terutamanya yang menggunakan periuk tekanan elektrik kerana kebanyakan model telah datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan. Masa masakan biasanya telah ditetapkan. Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual. 
  • Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
  • Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
  • Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan. Jangan buka dahulu! Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika anda terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup! 
  • Jika daging anda masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.

Sumber : Twitter Emma Azman , www.wikicara.org
    

No comments

Powered by Blogger.
a