Header Ads

Gara-gara tak sebut 'Baby Sayang', monyet ditembak hidup-hidup, pemberi maklumat si pelaku ditawar ganjaran RM2,000



Baru-baru ini, tular di laman sosial seekor monyet ditembak hidup-hidup tanpa rasa bersalah oleh seorang lelaki tanpa sifat perikemanusiaan. Alasan lelaki itu bertindak kejam dengan menembak monyet tersebut adalah kerana monyet itu tidak menyebut 'Baby Sayang' seperti yang diminta oleh lelaki itu.

Sebab tak cakap 'Baby Sayang'

"Kalau kau tak cakap baby sayang, aku tembak kau. Satu, dua, tiga" kata lelaki kejam itu sebelum melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol kepada haiwan tersebut yang kemudian kelihatan terkulai layu.

"Lain kali cakap baby sayang. Dia tak nak cakap baby sayang", tambah lelaki kejam itu.

Bagaimanapun tidak dipastikan jenis senjata yang digunakan, begitu juga lokasi kejadian.

Sebelumnya, fenomena 'Baby Sayang' menjadi trending pada awal Mei di laman sosial bermula dari pelakon dan pengacara, Mira Filzah menerusi Twitter dan LIVE bersama pengikut Instagramnya.

Lalu, video tembak monyet itu membangkitkan marah netizen dan juga beberapa rakan selebriti seperti Kilafairy dan Erni Zakri. Mereka memuat naik artikel sebuah blog beserta screenshot berkaitan isu ini dan kapsyen yang menunjukkan kemarahan dengan tindakan kejam lelaki yang tidak diketahui identitinya. 





(VIDEO) Lelaki menembak monyet hidup-hidup kerana tidak menyebut 'Baby Sayang'

Isu ini tular selepas seorang pengguna Twitter memuat naik tindakan kejam si pelaku dan sehingga kini mendapat 19,000 retweet.



Tawaran RM2,000 kepada sesiapa yang beri maklumat mengenai individu tembak monyet



Terbaru, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan ganjaran wang berjumlah RM2000 kepada sesiapa yang memberi maklumat mengenai individu yang menembak seekor monyet, gara-gara tidak menyebut 'Baby Sayang'.

"Di manakah tempat tinggalnya, siapakah ibu bapanya dan maklumat lain hingga tertangkapnya pembunuh haiwan yang sadis," menurut Animal Malaysia dalam satu kenyataan di halaman rasmi Facebooknya pada Isnin.

Kesahihan video menjadi tanda tanya

Animal Malaysia turut mempersoalkan kesahihan video tersebut, sama ada ia berlaku di Malaysia atau luar negara. 

"Adakah benar perkara ini berlaku di Malaysia atau luar negara dan dialih bahasa menggunakan Bahasa Melayu?" soal persatuan itu.

Kemudian, demi mencari si pelaku yang kejam menembak monyet seperti dalam video tular itu, ada dalam kalangan netizen menyuarakan hasrat menambah nilai ganjaran seperti yang dapat dilihat di ruangan komen laman Facebook Animal Malaysia.

"Saya naikkan RM1000 lagi jika sesiapa dapat beri maklumat sampai tertangkapnya syaitan ini. Apa-apa boleh terus PM," kata seorang netizen.

"Aku naikkan RM500 jika perlukan bantuan dan betul-betul ada maklumat hubungi aku, " kata seorang lagi netizen.


Sumber : Facebook Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association, Instagram Kilafairy, Twitter 

No comments

Powered by Blogger.
a