Header Ads

(VIDEO) Kecoh pelanggan 'gila' diskaun sale sehingga cedera akibat bertolak rebutkan diskaun 50% di sebuah butik Shah Alam


Bahang 1 Syawal semakin terasa apabila butik baju dan pusat beli-belah dibanjiri oleh orang ramai yang sibuk membeli-belah pakaian Hari Raya Aidilfitri. Lebih-lebih lagi jika ada tawaran jualan hebat di butik-butik tertentu.

Tular video di laman sosial Twitter, sebuah butik yang terletak di Setia Alam, dekat Shah Alam Selangor dikerumuni ramai di kawasan luar pintu butik sebelum dibenarkan masuk oleh pekerja butik tersebut. Difahamkan butik tersebut membuat tawaran barang dengan harga diskaun tak masuk akal.  Pada awalnya, video tersebut dimuat naik melalui Instagram milik butik tersebut. Apa yang tidak sedap mata memandang, lelaki perempuan dilihat bertolak-tolak di dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, dalam keadaan hingar-bingar dengan kedengaran suara orang ramai, apabila sebelah pintu butik itu dibuka, mereka berebut dan bertolak lalu terus berlar melulu masuk untuk mendapatkan pakaian yang digantung pada rak. Dahsyat dan menakutkan!

Video suasana butik yang huru-hara, orang ramai bertolak-tolak


Butik yang menghendaki para pelanggan membuka kasut masuk ke dalam butik itu, dilihat kasut dan selipar berselerak akibat disepak dan kelam kabut menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalm butik berkenaan.

Isu ini tular dan mencetuskan kemarahan netizen termasuk pelanggan yang tidak berpuas hati terutama merka yang telah lama menunggu sejak awal pagi.

Memetik laporan mstar, pengasas butik Shawlpublika, Nur Hidayu Zorkafli, tampil memberi penjelasan.

Usahawan berusia 32 tahun itu mengakui insiden yang berlaku dalam kejadian pukul 9 pagi Sabtu adalah di luar kawalan.

Pengasas tersebut juga menjelaskan sesi jualan berlangsung 48 jam tanpa henti dari pukul 9 pagi Sabtu sehingga 9 Pagi Isnin.

"Saya menyangkal dakwaan insiden yang berlaku disebabkan strategi pemasaran kami. Tiada pihak dibayar untuk berebut-rebut di butik.



"Buat apa kami nak upah orang untuk berebut-rebut. Tak kanlah nak bayat kat kaunter pun mereka dibayar. Tapi, kami akui keadaan berlaku di luar kawalan terutama di pintu masuk sebab pintu tu sepatutnya ditolak ke luar tapi pelanggan yang berebut menolak balik ke dalam" katanya.

Keadaan tak terkawal itu berlaku berpunca daripada tawaran diskaun dan pemberian hadiah istimewa kepada sekumpulan pelanggan terawal.

Suasana kekecohan dan berebut di kaunter ketika sebelum dan selepas diumumkan 20 pelanggan terawal yang bayar dahulu akan dapat diskaun 50 %

Pengusaha butik tersebut juga memohon kemaaf atas kesulitan sehingga ada yang tercedera akibat berebut-rebut harga diskaun sehingga 50% dan dia ambil apa yang jadi sebagai pengajaran seterusnya menambah baik pengurusan butik pada masa akan datang.


Pada minggu hadapan juga, butik ini akan buat sesi jualan tanpa henti selama 72 jam.

Sumber : Twitter SehaSafhee, mstar

No comments

Powered by Blogger.
a