Header Ads

“Ya Allah satukanlah jodoh kami” -Aliff Aziz mahu rujuk Bella semula?


Pada awal Mei lalu kecoh isu kontroversi Aliff Aziz berlaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah untuk beberapa kalinya dan rumah tangga mereka diakhiri dengan penceraian lebih kurang sudah dua minggu lalu.

Anak mereka, si comel Ayden Adrean berada dalam jagaan Bella Astillah sekarang dan jelas terpancar kerinduan Aliff Aziz terhadap anaknya itu melalui satu perkongsian gambar beserta kapsyen dimuat naik menerusi laman Instagramnya 3 hari lalu.




Bukan itu sahaja, semalam, Aliff Aziz juga memuat naik satu Tweet di laman Twitternya berkaitan jodoh yang untuk disatukan.

"Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya,"kata Aliff.

Perkongsian itu juga turut mendapat respon positif dalam kalangan pengikut Twitter miliknya dan berharap agar mereka disatukan jika itu yang terbaik buat anak mereka.



Tweet yang dimuat naik Aliff Aziz semalam


Namun, ada juga yang menyindir dan berpendapat bahawa 'jodoh' yang dimaksudkan Aliff itu bukan ditujukan buat Bella, tetapi untuk wanita lain yang mengaitkan kes curangnya sebelum ini Wallahualam.

Aliff, 28 dan Bella, 25, bercerai talak satu pada 16 Mei lalu.

Walau bagaimanapun, jika mereka hendak rujuk kembali, Bella perlu menjalani tempoh eddah sebanyak 3 kali suci atau lebih kurang empat bulan.

Sumber : Twitter Aliff Aziz 

No comments

Powered by Blogger.
a