Header Ads

'Cukuplah Kalau Dapat Yang Sedap Mata Memandang' - Syafiq Kyle Dedah Ciri-Ciri Wanita Idamannya Untuk Jadi Permaisuri Hati.


Pelakon Syafiq Kyle menegaskan ketika ini, dia masih lagi solo dan belum mempunyai teman wanita yang boleh disifatkan sebagai teman istimewa di dalam hidupnya.

Bagaimanapun, bekas naib juara Pencarian Hero Remaja ini tidak menolak andai jodohnya tiba dalam masa singkat, di saat sedang meniti populariti.

“Saya tidak serik bercinta dan tidak menolak andai jodoh itu sampai awal. Kita merancang tetapi setiap yang berlaku adalah urusanNya. Kalau jodoh tahun depan, minggu depan pun saya terima. Artis atau tidak, saya tidak kisah sebab saya ambil kira juga pengalaman rakan-rakan.

“Kata tak mahu kahwini artis, akhirnya kahwin juga dengan artis. Begitu juga sebaliknya. Jadi saya terima seadanya,” kata Syafiq jujur.

Ditanya apakah ciri-ciri wanita idaman, bintang berusia 25 tahun ini memberitahu, dia bukanlah seorang yang terlalu memilih hingga sukar untuk mencari-cari wanita yang diidamkan.

“Cukuplah kalau dapat yang sedap mata memandang dan boleh menyenangkan hati saya. Usia juga tidak mainkan peranan yang penting. Terletak pada diri sendiri sama ada mahu yang lebih muda, sebaya atau lebih berusia,”kongsinya lagi.






Menyifatkan hubungan cinta tidak perlu dirahsiakan, pemilik nama lengkap Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini berkata pada fasa sekarang, dia tidak boleh untuk sembunyikan apa-apa.

“Bagi saya, kalau mahu berahsia bila berncinta, baik jangan. Sebab lama kelamaan nanti, orang akan tahu juga. Lebih-lebih lagi dengan momentum ini, lagilah buatkan ramai yang mahu tahu. Jadi tidak boleh untuk rahsiakan,”jelas Syafiq.

Terdahulu, pelakon drama rantaian, Mencintaimu Mr Photographer baru sahaja melancarkan tiga produk di bawah jenamanya iaitu laman sesawang rasmi, www.syafiqkyle.com, barangan penjagaan kulit, Kylez Lab dan koleksi pakaian, Kylez by Syafiq Kyle.








Sumber : Instagram Syafiq Kyle.
-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a