Header Ads

2 report polis telah dibuat di "IPOH" kerana menghina TUN MAHATHIR !



15 MEI 2018: Seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah membuat dua laporan polis atas dakwaaan menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Laporan ini dikatakan sebagai laporan pertama di bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan kebiasaannya ini merupakan amalan biasa dalam kalangan penyokong tegar Najib Razak.

Berdasarkan laporan Berita Harian, pengerusi BERSATU IPOH Barat, Afzainizam Salleh membuat laporan tersebut disebabkan dua pengguna Facebook melembarkan kata-kata hina terhadap Mahathir.


"Saya melihat di status media sosial mereka terkandung status provoasi yang menghina Tun Mahathir, ia telah dibuat sebelum hari pengundian PRU14, dan ianya masih dikongsi ratusan netizen" Katanya

Tambahnya lagi terbanyak banyak akaun media sosial yang memuatnaik bahan berbentuk penghinaan terhadap perdana menteri Malaysia itu.

Beliau juga mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun terbabit.


-KakiShare

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a