Header Ads

Anwar Dedah Sebab Sebenar Mengapa isterinya tolak jadi Perdana Menteri



17 Mei: Ketua umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menolak jawatan perdana menteri seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sebelum ini.

DS Dr Wan Azizah dicadangkan sebagai perdana menteri ole Sultan Muhammad V setelah pengiraan undi Azizah selaku Presiden PKR dapat jumlah kerusi terbanyak dan semua bertanding bawah simbol PKR maka beliau dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mengisi jawatan tersebut.



Namun berikut jawapan yang didedahkan oleh DS Anwar Ibrahim

"Azizah menjawab patik tidak bersedia, dan kita (harapan) sudah buat perjanjian dalam pakatan harapan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan dilantik sebagai Perdana Menteri," katanya di Himpunan Merdeka Rakyat.

“Tapi Azizah minta satu perkara kepada Tuanku, iaitu patik pohon kiranya suami patik dibebaskan segera. Agong bertitah baginda akan melaksanakan permohonan itu dengan segera,” ujarnya.

“Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebab setelah pegang jawatan telah segerakan proses pengampunan.

“Tapi saya nak ulang, paling berjasa dalam semua ini ialah kebangkitan rakyat Malaysia. Apalah saya tanpa anda. Siapalah saya tanpa saudara saudari, saya tak akan saya kekal, ini sejarah bagaimana rakyat bangkit tentukan hak mereka.

Sumber: Metro

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a