Header Ads

Awek Cantik Ni Ditangkap Sebab Dia Makan Haiwan Yang Dilindungi



16 MEI: Seorang wanita cantik di Kemboja telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana merakam aksinya memasak dan memakan beberapa haiwan liar yang dilindungi.

Wanita yang bernama Ah Lin Tuch ini melakukan kesalahan tersebut bersama suaminya.

Video yang dihasilkan mereka akan dimuat naik ke youtube bagi menjana pendapatan.

Mereka mampu memperolehi AS$500 iaitu sebanyak (RM1978) menerusi iklan-iklan yang muncul dalam video youtube mereka.



Wanita ini juga tanpa rasa bersalah pernah memakan ular tedung selar, jerung dan pelbagai spesies burung dilindungi yang dimasak di hutan berhampiran kediaman mereka di Phnom Penh.

Aksi perempuan ini mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Dia tampil dan mengaku melakukan kesalah tersebut dan dia turut memohon maaf.

Dan Ketua Direktorat Umum untuk Pentadbiran Perlindungan dan Pemuliharaan Alam Sekitar mengatakan mereka dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Ini disebabkan kebanyakkan haiwan yang dimasak adalah spesies dilindungi.



FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a