Header Ads

Kami sentiasa berdoa semoga hati "ROSMAH MANSOR" terbuka



15 Mei 2018: Malaysia sebelum ini dihidangkan satu kisah peribadi Datuk Fazley Yaakob dan isteri Datin Azrene Soraya.

Mereka mengatakan bahawa mereka sekeluarga telah ditindas oleh bekas Perdana Menteri dan isterinya.

Baca penuh : Akhirnya Fazley Yaakob Dan Isteri Bongkar Cerita Sebenar Ditindas Oleh Individu Yang Sangat Terkenal

 Baru-baru ini pihak media mendapatkan mereka untuk mendapatkan penjelasan, penyanyi dan juga chef terkenal itu berkata mereka sentiasa mendoakan agar ibu mertuanya Rosmah Mansor terbuka hati untuk menerima dirinya dan juga isterinya.

"Saya dan isteri tidak pernah menyimpan sebarang perasaan benci kerana sebagai anak dan menantu, beliau tetap ibu (mertua) dan ibu kandung kepada isteri saya." Katanya

"Saya juga tidak pernah menyimpan perasaan yang tidak baik, dan saya menganggap dia (Rosmah) seperti ibu kandung"

"Kami juga sentiasa mendoakannya agar hatinya sentiasa terbuka untuk menerima kami sekeluarga..."

Pasangan suami ini dikatakan tidap mendapat restu daripada Rosmah. Isteri Fazley merupakan anak tiri Najib Razak. Datin Azrene merupakan anak Rosmah hasil perkahwinan dengan bekas suaminya Abdul Aziz Nong Chik.

Pendedahan yang dilakukan baru-baru ini kata Fazley bukan untuk membuka aib mana-mana pihak sebaliknya ia adalah perkongsian yang menjadi tanggungjawab dalam menunaikan wasiat terakhir ayahnya, Datuk Yaakob Mohammad.

"Saya diminta oleh ayah untuk menceritakan kebenaran mengenai saya, isteri, dan arwah apabila tiba masa yang sesuai" katanya

Pendedahan yang saya buat juga bukannya dengan memanggil pihak media. Saya hanya berkongsikan kisah ini di dalam laman sosial peribadi sahaja. Ini kerana saya dapat cerita lebih dekat dengan pengikut di Instagram.

Saya juga ingin masyarakat menjadikan kisah ini sebagai teladan atau sempadan.

Tambahnya lagi apa yang paling penting adalah kesabaran dan berani kerana benar.

-KakiShare

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a