Header Ads

Untuk Sambut 'ANWAR IBRAHIM' Keluar Penjara,Akhirnya Anwar Ibrahim Akan Berucap Di Padang Timur.



15 MEI 2018: Rakyat mengetahui bahawa esok merupakan detik atau saat yang ditunggu-tunggu oleh penyokong setia "Raja" Reformasi Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada hari ini sedang rancak beredar di media sosial menggesa orang ramai untuk berkumpul di Padang Timur, Petaling Jaya untuk meraikkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Anwar yang dijangka diberi pengampunan pada hari esok akan membuat penampilan pertamanya pada jam 10 malam.

Dijangka juga pada perhimpunan tersebut para pemimpin tertinggi Pakatan Harapan juga dijangka hadir namun media tidak dapat memaskan sama ada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad akan turut serta.

Anwar Ibrahim sebelum ini didakwa bersalah dalam tuduhan liwat apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah juga mengekalkan lima tahun penjara ke atas bekas pemimpin pembangkang itu.

Mahathir juga berjanji berulang kali untuk mendapatkan pengampunan Agong terhadap bekas musuh politiknya itu apabila Mahathir bersama-sama berjuang untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Mahathir juga berjanji akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Anwar dalam masa dua atau tiga tahun akan datang.

Selepas beberapa penangguhan dan kenyataan yang bercanggah hingga menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi, semalam Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa mereka akan bertemu esok untuk memutuskan status Anwar.

Bekas ketua pembangkang kini berada di Hospital Pemulihan Cheras di Kuala Lumpur di mana dia sedang mendapat rawatan selepas menjalani pembedahan di bahu.



Sumber: Malaysiakini

No comments

Powered by Blogger.
a