Header Ads

(Video) Penjawat Awam tidak akan "DIBUANG" - Perdana Menteri



15 MEI- Kepada semua kakitangan awam mereka kini boleh menarik nafas lega apabila Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir memberi jaminan mereka tidak akan dibuang.

"Kerajaan tidak akan gugurkan mereka (kakitangan awam) setelah mereka bekerja sekian lama dengan kerajaan, kita akan cari jalan untuk meletakkan mereka di jabatan lain dan juga agensi lain"

Isu ini mula berbangkit selepas kerajaan mengumumkan akan mengurangkan jumlah kementerian.

Tambahnya lagi kakitangan kerajaan yang terbabit dengan penstrukturan semula akan ditukarkan ke jabatan dan agensi tertentu mengikut kesesuaian bagi mengelak mereka hilang pekerjaan.

Perdana Menteri juga mengatakan bahawa dasar kerajaan terdahulu akan dikaji semula termasuk agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan juga Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

No comments

Powered by Blogger.
a