Header Ads

Tidur Lewat Main Game Punya Pasal Sampai Ponteng Sekolah 53 Hari,Akhirnya Polis Jemput Di Rumah.


Anda memang sedia maklum dengan tabiat sesetengah ibu bapa yang terlampau melayan karenah seperti membiarkan anak-anak yang masih bersekolah berjaga sehingga lewat malam untuk bermain permainan telefon bimbit.

Malah ada juga ibu bapa ini sanggup mengeluarkan wang ringgit menyediakan pelbagai gajet terkini asalkan mereka gembira, ataupun mungkin untuk mengelak daripada anak-anak mengganggu urusan harian mereka. Tapi ramai ibu-bapa, tanpa sedar sebenarnya mereka bertanggungjawab ‘merosakkan’ anak mereka sendiri sejak daripada rumah lagi.

Mungkin kisah yang hendak dikongsikan oleh seorang lelaki, Muhamad Nur Ismail ini boleh memberi iktibar kepada ibubapa-ibubapa di luar sana mengenai tanggungjawab sebenar mereka.

Menurut Nur Ismial, berlaku satu kejadian dimana pihak pentadbiran sebuah sekolah mendapati salah seorang pelajar mereka tidak hadir ke sekolah untuk tempoh yang lama, iaitu selama 53 hari.


Pihak sekolah yang mengambil berat mengenai masa depan pelajar berusia 12 tahun itu telah mengambil pelbagai pendekatan yang menepati piawai yang ditetapkan untuk membawa kembali pelajar tersebut ke sekolah, namun usaha tersebut gagal.

Mungkin kerana sudah tidak berupaya lagi, pihak pentadbiran sekolah tersebut kemudian membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan pihak polis bagi meyelesaikan masalah tersebut. Pihak polis yang berjaya menjejaki pelajar tersebut dilaporkan akhirnya berjaya memujuk pelajar tersebut untuk kembali ke sekolah.

Lebih menyedihkan, Nur Ismail turut mendakwa bahawa ibu-bapa kepada pelajar tersebut mengakui tidak sampai hati untuk mengejutkan anak mereka bangun pagi dan ke sekolah.





Sumber : Muhamad Nur Ismail
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a