Header Ads

(VIDEO) Akibat Tekanan Perasaan, Ibu Dua Orang Anak Ini Cuba Mahu Bunuh Diri..


Semalam, viral di media sosial klip video dan gambar ibu dan dua anak kecilnya didakwa mahu terjun bunuh diri dari sebuah jambatan, namun gagal berbuat demikian selepas dihalang oleh orang awam, lapor Berita Harian.

Menurut laman Facebook Hypeviral, kejadian itu berlaku di Jambatan Peserai, Batu Pahat, Johor menggemparkan pengguna jambatan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. 

"Subhanallah seorang wanita rakyat Malaysia kita gagal membunuh diri bersama anaknya.  Diselamatkan orang ramai yang lalu di situ," tulis sumber berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kejadian yang berlaku pada jam 1 tengah hari semalam itu sebenarnya bukanlah seperti yang dakwaan yang viral di media sosial. 

Sebaliknya, pemandu wanita terbabit mengalami tekanan perasaan dan memberhentikan kereta yang dipandunya di laluan motosikal. 

"Siasatan awal mendapati wanita berkenaan menyatakan bahawa dia mengalami tekanan perasaan disebabkan gagal menghubungi suaminya sejak kelmarin dan suaminya bertindak mematikan telefon bimbit.

"Dia juga mengalami tekanan perasaan kerana dimarahi oleh pengetua sekolah melalui telefon ketika mahu menyambung cuti selama sehari dengan perkataan kurang sopan," katanya.

Difahamkan, wanita terbabit bertugas sebagai pembantu makmal di sebuah sekolah di Johor Bahru pernah meminta untuk ditukarkan ke Batu Pahat kerana dia dan suaminya berasal dari situ. Malangnya permohon pertukaran wanitai tu tidak disokong oleh pengetua. 

"Dia dan suami mengalami masalah kewangan kerana suaminya sudah tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak tujuh bulan lalu. Suaminya patah tangan akibat terjatuh ketika memasang penghawa dingin serta sehingga kini tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) belum diperolehi.

"Masalah kewangan menyebabkan wanita itu dihalau oleh pemilik rumah sewa di Johor Bahru kerana gagal membayar tunggakan sewa selama dua bulan sebanyak RM1,000," katanya.

Bagaimanapun, wanita itu dalam keterangannya mengakui tidak ada niat untuk membunuh diri kerana masih mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Jelasnya, dia hanya berdiri di atas jambatan kerana terlalu buntu dan berharap suaminya datang ke situ. 



"Dia dinasihati untuk pulang bersama keluarganya terlebih dulu kerana keadaannya yang masih kurang stabil dan akan dipanggil semula untuk dirakam percakapannya.

"Polis juga menyangkal penularan posting palsu di media sosial dan menasihati orang ramai untuk tidak menularkan berita palsu terhadap wanita berkenaan yang cuba membunuh diri di lokasi berkenaan," katanya.

Terdahulu, di Facebook tular dengan posting yang menyatakan jambatan Batu Pahat mengalami kesesakan kerana ada orang meninggal dalam kereta.



FACEBOOK KIM SKIN



https://www.youtube.com/watch?v=-okV-rpURmU&t=1s

No comments

Powered by Blogger.
a